-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 18 April 2013

KELUAR PARTI KERANA FITNAH ........

PEMBACA
Telah disebut banyak kali ,fitnah memang senjata berbisa untuk menjatuhkan orang.......tapi bukan SENJATA UNTUK MENANG...tak percaya lihat kejadian dibawah yang dialami sendiri oleh ibu rakan penulis yang JUGA ADALAH KETUA WANITA UMNO cawangan.


Baca dan renung dengan teliti kerana IANYA BUKTI UMNO HILANG UNDI SEBAB FITNAH samada kepada lawan mahupun kawan.

Kisahnya begini, salah seorang ibu rakan penulis adalah Ketua Wanita Cawangan. Ibunya amat dikenali masyarakat setempat dan disenangi baik pada penyokong parti mahupun penyokong lawan. Ibu  rakan penulis ini juga adalah seorang Ustazah yang banyak mengajar agama untuk penduduk sekitar selain menyewa satu premis untuk menjalankan kedai makan.

Hendak dijadikan cerita,anak sulungnya diberhentikan kerja dan  mengambil alih perniagaan kedai makan tersebut. Tapi ianya tidak  lama kerana anak sulungnya ini ditawarkan kerja yang lebih lumayan di Ipoh. Maka berpindahlah anak sulungnya kesana .

Oleh kerana sibuk dan tidak mempunyai masa ditambah pula dah dekat Pilihanraya, Ibunya mengambil keputusan untuk cuti berniaga sehingga selesai Pilihanraya .

Oleh kerana premis itu kosong hampir 2 bulan lamanya,pemilik premis telah berbincang dengan ibu rakan penulis tadi untuk disewakan MENJADI MARKAS PAS untuk pilihanraya.

Ekoran dari tindakan pemilik tadi menyewakan premisnya untuk dijadikan Markas, maka timbullah perasaan kurang senang dan kurang selesa pada rakan rakan UMNO. 

Tanpa melakukan unsur periksa dan tanpa maklumat yang betul, mereka menyerang IBU rakan penulis tadi KONONNYA IBU RAKAN TADI TIDAK MENGENANG JASA UMNO, SABOTAG PARTI UMNO dan sanggup menyokong PAS.

Fitnah ini diperhebatkan lagi dengan adegan nasi tambah oleh musuh musuh politik emak rakan tadi yang mengidamkan jawatan ketua Wanita Cawangan. Sedangkan mereka TIDAK TAHU DAN MAHU AMBIL TAHU bahawa premis itu bukan milik ibu RAKAN PENULIS TADI, ianya cuma DISEWA ......

Ekoran dari itu emak rakan penulis ini merajuk dan mengambil keputusan untuk keluar parti ,dibawanya bersama beberapa penyokong yang PASTI TIDAK KURANG DARI 100 ORANG.....mereka ambil keputusan untuk UNDI PAKATAN RAKYAT ! 

Begitulah bahayanya kesan fitnah ini. Ingatan ini juga penulis berikan pada parti pembangkang....waktu ini ianya terjadi pada UMNO,tidak MUSTAHIL kejadian yang sama akan berlaku dalam Pakatan Rakyat JIKA tidak dididik dengan betul . 

INGAT!!
Tiada siapa AKAN SOKONG BENDA JAHAT,JIJIK DAN KOTOR .....kecuali diri dia MEMANG JAHAT JIJIK DAN KOTOR!   

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.