-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 1 April 2013

BILA ALLAH NAK TUNJUK ......BOLEH KITA LARI??

PEMBACA
Ada kejadian yang berlaku itu cuma kita dan Allah saja yang tahu dan kita berusaha untuk menyembunyikan kejadian tersebut...namun takdir dan kehendak Allah siapa boleh duga.....saksikan


Pagi tu Rahimi meninjau ninjau disekitar rumah mertuanya untuk mengemas apa yang patut. Maklumlah sebagai menantu yang baru 3 hari berada disitu, Rahimi perlu tunjuk rajin pada mak mertuanya.

Sedang Rahimi tertinjau tinjau disekitar rumah itu Rahimi terpandang satu stor yang terdapat dibelakang rumah.

" Sayang...kat dalam stor tu ada apa". Tanya Rahimi pada isteri yang sibuk menyapu sampah dalam aktiviti MENGEMAS RUMAH SEISI KELUARGA selepas kenduri.

" Itu stor arwah abah bang..." Jawab isterinya manja.

" Boleh tengok?' Tanya Rahimi ...teruja sangat dia dengan stor tersebut. 

" Bukalah Rahim...kuncinya ada kat paku atas tuuu...dah lama pun kami tak tengok stor tu.." kata emak mertuanya pula sambil menjeling PENUH MAKNA PADA FAUZIAH.....kerana cuma emak dan Fauziah saja yang tahu KENAPA stor itu tidak dibuka sekian lama.

"Mesti ada barang antik dalam ni mak..hahahaha". Kunci dimasukkan kedalam mangga...Perlahan pintu stor yang sudah 3 tahun tidak dibuka itu menerima tetamu...

Rahimi tercegat didepan stor ...matanya liar memandang keadaan dalam stor yang penuh dan sarat dengan alat alat bertani..ada tong racun...ada cangkul dan ADA SEBIJI MOTOR YANG SUDAH REMUK tersandar disitu....

Terbelik belik Rahimi pada motor ....mungkin motor ni aksiden bisik hati kecilnya setelah dilihat keadaan motor jenis honda yang sudah cacat dan bengkuk pada rimnya.

Triba triba Rahimi terpandang no plat yang hampir dipijaknya yang berada dilantai stor...Rahimi ambil no plat itu...dilihatnya lagi...tangannya menggeletar.....hatinya sebak.....

ADAKAH MOTOR INI YANG DILANGGARNYA DULU?? ADAKAH DIA SENDIRI YANG MEMBUNUH bakal bapak mertua dan adik iparnya dulu.....Rahimi cuba menahan sebak......cuba ingat kembali.....

POLIS MASIH MENCARI pemandu langgar lari pemilik motor bernombor JJ 7162 ......dan Polis tidak tahu hingga kini bahawa PEMANDU langgar lari yang mengorbankan dua jiwa itu ialah MENANTU  ARWAH itu  sendiri iaitu RAHIMI......

RAHIMI BENAR BENAR TERSENTAK......DIA BERPALING PADA isteri dan emak mertuanya yang sibuk menyapu sampah itu.....

HARUSKAH AKU CERITAKAN SEMUA INI....?? Hatinya bertanya sendiri sampai terduduk.

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.