-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 2 April 2013

SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT BUKAN PENDAPATAN......Hahaha

PEMBACA
TIDAK semua yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat penulis setuju, ada beberapa isu yang perlu diambil dan diberi perhatian jika PR ingin mendapat sokongan yang lebih dari luar biasa.....



Pertama isu ceramah.....

Ceramah ceramah yang diberi pada rakyat lebih kepada menyalahkan pihak yang sudah salah. Maksud penulis kita terlalu fokus pada isu peribadi pemimpin mereka seperti rasuah,salahguna kuasa yang mereka lakukan...memang ianya penting dan dapat menarik minat rakyat tetapi .....

Apabila kita kerap menyalahkan orang lain, ada kala ianya akan terpalit pada wajah sendiri kerana itu ialah ADAT DAN LUMRAH DALAM POLITIK yang lebih dilihat kotor dan jijik pada sesetengah orang......

Kita harus ingat dan tidak terlupa diantara pendengar ceramah kita itu adalah golongan profesional, golongan terpelajar ....dan mereka ini bukanlah ingin mendengar kisah peribadi pemimpin.......tetapi mereka ini ingin melihat dasar dan arah tuju parti untuk kesejahteraan rakyat.....

Pada penulis, diera kita sedang menuju ke arah negara maju serta memupuk semangat kekalkan budaya timur, kan lebih baik disetiap ceramah kita MENERANGKAN DASAR DASAR PARTI......Penulis ambil contoh

Buku Jingga dan manifesto , rasanya tak ramai penceramah yang menerangkan dengan jelas dan terperinci apa yang terdapat dalam buku jingga mahupun manifesto yang dicanangkan oleh pimpinan Parti...harus diingat tak semua rakyat dapat membaca manifesto dan buku jingga......tak semua bergantung pada Internet .

Semua perancangan dan agenda untuk rakyat harus dijelaskan sebaik mungkin.....kita harus buktikan apa yang kita mampu dan boleh buat untuk rakyat......hentikan budaya menyalahkan pihak lain kerana isu ini akan berpanjangan apabila mereka menyerang balas menggunakan isu yang sama.

Isu seperti pengurangan kadar cukai, penurunan harga kereta adalah diantara isu isu yang dapat menarik perhatian rakyat......YAKIN DAN TERANGKAN PADA RAKYAT jika KITA DAPAT KURANGKAN HARGA .....negara tidak akan musnah...tidak akan bangkrap....

Isu kedua......Calon yang akan bertanding. 

Pada pandangan penulis, cukup SEORANG CALON BERTANDING UNTUK SATU KERUSI sahaja samada PARLIMEN ATAU ADUN........Jangan tamak dan bersikap monopoli kerana ini merugikan KEDUDUKAN bakal bakal pemimpin yang boleh kita ketengahkan.

Bayangkan jika seorang calon Pakatan Rakyat cuma bertanding satu kerusi saja setiap seorang, dan jika menang BERAPA RAMAI ADUN ATAU AHLI PARLIMEN YANG KITA boleh dapat dari bergantung pada SEORANG INDIVIDU SAHAJA! 

Kita bukan sahaja akan dapat MENAMBAH SENARAI PEMIMPIN YANG ADA tetapi juga dari segi moral dan corak pemimpinan yang lebih teratur dan kemas .....

KE GUANER??


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.