Tweet |
Dalam apa jua pertandingan, pengadil perlulah dilihat bebas dan adil, tidak memihak malah TIDAK BOLEH PUN MENJADI AHLI MANA MANA PARTI....
Namun keadaan ini tidak berlaku dalam negara kita,pengadil untuk pertandingan pilihanraya ini dilihat lebih berat sebelah dan lebih memihak pada parti pemerintah.
Baik pengerusi SPR yang dulu duluuuuuu mahupun yang kini ,lakonan dan aksi mereka mengadili perlawanan PRK ini adalah sama.....kalau tak sama pun SELEPAS MEREKA MELETAK JAWATAN mahupun BERSARA.....
MUNGKINKAH keadilan ini tidak dapat ditunjukkan kerana PENGERUSI SPR DILANTIK OLEH PERDANA MENTERI mewakili pengerusi BN yang sedang memerintah?? MUNGKINNNNNNNNNNN.......
Seminggu lepas, Pengerusi SPR ada memberikan komen tentang TERJADINYA HURU HARA dan yang BAKAL MENCETUSKAN IALAH PAKATAN RAKYAT!! Isu huruhara ini timbul selepas Timbalan Perdana Menteri @ Muhyidin membuat andaian tersebut.......
Nampak ada PERTALIAN KELUARGA pula antara Pengerusi SPR dan TPM dalam isu huru hara ini.....Kan lebih baik isu huruhara ini dijelas dan diperincikan lagi oleh Menteri Dalam Negeri kerana ianya akan dianggap CAKAP POLITIK.....Tapi kalau Pengerusi atas kerusi SPR yang berkata ianya bukan lagi dikira cakap Politik....TAPI........faham fahamlah sendiri.
Tak habis dan dapat dibuktikan isu HURUHARA, timbul pula ISU DAKWAT .....kononnya akan ada usaha dari Pakatan Rakyat untuk menghalang orang mengundi dengan TEKNIK Cuba dakwat baru"....TIDAKKAH INI MEMBUKTIKAN bahawa DAKWAT TIDAK AKAN DIGUNAKAN DALAM PRU KE 13 INI??
Betapa mudahnya mereka mereka cerita dalam isu dakwat ini, seolah olah negara kita tiada undeng undeng dan mudah sangat pembangkang menghasut rakyat disaat kecanggihan teknologi makin pesat membangun.
Dua bukti diatas cuma ANDAIAN MEREKA SAJA dan tidak dapat dibuktikan, tetapi BERITA YANG DIBAWAH INI DAPAT MEMBUKTIKAN dengan JELAS DAN TERANG PENGERUSI SPR MULA MENIPU......
Nurul Izzah tunjuk bukti makluman pada SPR
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyelar kenyatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa PKR tidak pernah memaklumkan kepada suruhanjaya itu sebelum memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan.
Bercakap dalam sidang medianya hari ini, Nurul Izzah mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang membuktikan bahawa suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.
Surat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.
Beliau seterusnyamemfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi pada 26 Mac.
"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas.
"Saya mesti kata, perkara ini tidak boleh diterima bahawa pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang lain sedang ada pengakuan (terima) daripada Datuk Kamaruddin Baria," katanya.
Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia semalam antara lainnya menyebut, tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul Izzah kepada SPR.
"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam wawancara itu.
Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman itu menyebut, perkara itu melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012 untuk pengundi di kawasannya.
Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.
Selain itu, beliau juga mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.
Dalam sidang media itu, Nurul Izzah menjelaskan pihaknya telah menghantar ketiga-tiga aduan tersebut kepada SPR pada 4 Mac lalu dan diterima oleh Peguam Kanan Persekutuan SPR Nur Ezdiani Roleb.
Tandatangan, tulisan "diterima" dan cop pegawai yang menerimanya, turut tertera pada ketiga-tiga aduan berkenaan yang bertarikh 5 Mac dan ia juga ditunjukkan kepada pihak media.
Nurul Izzah turut menyuarakan kebimbangannya berhubung kenyataan terbaru Abdul Aziz itu sedangkan pembuburan parlimen dan pilihan raya umum semakin hampir.
"Kita bercakap dalam tempoh 27 hari lagi parlimen akan dibubarkan, (tetapi) pengerusi SPR bersikap seperti ini.
"Jadi saya rasa beliau tidak ada jalan lain, sama ada beliau membersihkan daftar pemilih atau letak jawatan sebagai pengerusi SPR," katanya.

ADAKAH PENGERUSI SPR DAPAT MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWA PRK KITA NANTI TIADA SEBARANG PENIPUAN ???
Tweet
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan