-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 18 Mac 2013

FAKTA YANG SENGAJA LUPA

PEMBACA
Kita mesti ada terjumpa ayat ayat atau kata kata yang seperti dibawah ini yang sebenarnya menunjukkan KETIDAKCERDIKAN seseorang itu!!




" Kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang pengkhianat...dah la bagi makan anak bini kerajaan bayarkan"

" Tak suka Malaysia baik pindah negeri lain la ......"

" Bangunan dan jalan ni semua kerajaan yang buat....duit kerajaan ni semua...kenapa tak sokong"?

" SOKONG PEMBANGKANG adalah satu KESALAHAN BESAR dan boleh didakwa"

Itulah antara ayat LAZIM dan PASTI digunakan oleh penyokong parti dengan tujuan untuk mengukuhkan alasan dan fakta mereka.....tetapi sebenarnya mereka AUTA disebabkan kejahilan mereka sebab......

Negara kita adalah diantara negara negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen ,dan apabila disebut demokrasi .....hak dan pendirian untuk menyokong mana mana pertubuhan atau parti politik DIBOLEHKAN dan TIDAK BOLEH DISEKAT!! 

Kalau lupa fakta diatas itu....kembali semula ke sekolah dan baca definasi apa itu ciri ciri sebuah negara demokrasi.

Fakta kedua.... macam mana sesebuah kerajaan menjana pendapatan selain dari sumber kekayaan yang dimiliki seperti minyak, hasil pertanian dan sebagainya?? Jawapnya pastilah dari CUKAI.........

Bila disebut cukai, JANGAN KITA TUMPUKAN PADA CUKAI pendapatan yang dikutip dari Hasil Dalam Negeri sahaja, sebenarnya cukai ini banyak......SEPERTI cukai barangan keperluan....beli gula,beras dan bahan makanan, cukai barangan pengguna seperti kenderaan, telefon ,komputer dan lain lain....

Semua ini dikenakan cukai dengan kadar tertentu. Bila dikenakan cukai PASTILAH SEMUA RAKYAT TERLIBAT tak kira pembangkang mahupun penyokong kerajaan....selagi mereka bernafas dan tinggal dalam negara ini mereka dikenakan cukai yang perlu kita bayar samada sedar atau tidak!

Selain cukai, denda atau saman juga boleh diambil kira sebagai sumber pendapatan dalam sesebuah negara.....dan denda dan saman ini pula MELIBATKAN SEMUA RAKYAT ........pernah tak kita dengar, penyokong PAS tidak disaman memandu laju ?? Penyokong UMNO tak perlu bayar denda Parking?? 

UNTUK APA semua pendapatan dari sumber yang disebut diatas tadi?? Pastilah untuk membangunkan  negara seperti  bina bangunan buat jalan DAN BAYAR gaji KAKITANGAN KERAJAAN seperti POLIS dan tentera.

Dah nampak?? Bila semua rakyat tak kira pembangkang atau penyokong kerajaan terlibat atau lahir dalam negara ini mereka berhak untuk memilih acuan politik mereka sendiri.........

KECUALI.........
Kerajaan yang ada sekarang ni bangun dan majukan negara melalui DUIT dari parti POLITIK MEREKA ...... Ada bukti??


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.