-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 18 Mac 2013

KERANA SIBUK DAN PENAT

PEMBACA
Dah lama betul tak bercerita. Akhir-akhir ini saya sangat sibuk dengan urusan pejabat. Biasalah bekerja difirma guaman ni memang tak cukup masa.. Terlalu banyak kes yang wajib diselesaikan mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan. Dan... oleh kerana itu selalu balik lewat malam belum dikira week-end lagi tu... 


Walaupun saya terlalu sibuk, saya tetap meluangkan masa bersama-sama permata-permata hati saya yang sangat saya sayangi.. Waktu terluang dihabiskan bersama mereka, melayan Anas berbual kisah-kisah sehariannya.. Melayan kerenah Aniq yang 'aneh-aneh' walaupun pada hakikatnya diri saya terlalu letih.

Bukan kisah Anas dan Aniq yang ingin saya ceritakan...

Ini kisah tentang seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di rumah perjiranan saya..

Namanya adik Sharifah Zulaikha.. Musti ramai yang tertanya-tanya siapa pulok Sharifah Zulaikha Binti Mat Isa ni? Adik ni hanyalah seorang kanak-kanak riang yang berumur lapan tahun. Setiap petang sabtu, saya akan ke padang permainan melayan kerenah Aniq dan setiap kali itu saya akan terserempak dengan adik Sharifah Zulaikha ni..

Pada suatu petang tu keinginan saya untuk menginterviewnya sangat membuak-buak.. Bagi saya dia sangat special.. Jangan tanya kenapa.. Moh baca dialong saya dengannya dan anda akan tahu kenapa...

'Hai, apa khabar adik Sharifah... Sihat? Dah makan ke belum?'

'Bapak kita kata kan.. Orang Islam kena bagi salam.. Kalau bukan Islam kita kena ucap selamat sejahtera'

'Huk!huk!huk! Adeh! Betul apa yang bapak adik cakap tu. Auntie saje je tadi, nak bergurau... Hehe'

'Elele.. Dah malu nak cover line pulok.. Orang besar selalu cakap tipu dengan budak kecik. Macam la budak-budak ni bodoh sangat..'

'Hehehe.. Err, apa yang budak-budak baya Sharifah paling suka?'

'Jalan-jalan dengan mak, bapak, adik-beradik'

'Jalan-jalan pegi mana?'

'Mana-mana la. Zoo Negara ke, shopping complex ke. Kita tak kisah sangat. Pegi playground pun okey je.'

'Laaaaa takat pegi playground boleh pegi dengan bibik'

'Mana sama bibik dengan mak bapak. Kalau kita tukar ayam auntie dengan kambing biri-biri... Best tak?'

'Best!! Boleh masak kari kambing nanti... Hohoho!' (adeh.. Kena cubit denga Sharifah Zulaikha) okeh.. Okeh aunti nak tanya lagi... Apa ek benda yang budak-budak baya Sharifah paling tak suka?'

'Bila mak dan bapak takde kat rumah. Diaorang sibuk kerja carik duit. Hari minggu pun keja...'

'Diaorang nak cari duit, nak bagi makan, nak sekolahkan adik, nak beli mainan lagi.. Beli baju lagi.. Bukan untuk sape.. Untuk Sharifah adik beradik jugak.. Kan kan? Hehe'

'Eleh, bukan kita nak pun semua tu.. Bapak kawan kita siSarah tu keja buruh je, tapi boleh je bagi anak-anak dia makan. Tiap-tiap petang kan, mak ayah dia bawak dia gi jalan-jalan. Gaji mak ngan bapak kita kecik sangat ke auntie? Sebab tu diaorang keja siang malam ek?'

'Glupp.. Ntah lah sayang, manalah auntie tahu... Auntie bukannya kenal mak bapak adik... Errr... Okehlah.. Tu je auntie nak tanya.. Dah, adik pegilah sambung main, tapi hati-hati taw.. Auntie ada hal nak jumpa orang. Nanti kita sembang lagi ek...' (menahan sebak)

Triba-triba saya terasa mesej itu untuk saya... Saya hampiri Aniq lalu memeluk se-eratnya... Aniq mendongak merenung saya dengan penuh kehairanan... Sambil tersenyum..'dah jom balik sayang.. Tadi Aniq kata nak nasik goreng merah kan? Jom ibu masak kan..!'

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.