-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 19 Mac 2013

BAIK KAMU MATI SAJALAH!!

PEMBACA
INILAH yang berlaku jika dalam sebuah keluarga ada WAKIL penagih Dadah!! Renungkan

"Jadi tak esok nak tumpang aku Lan". 

"Aku harap tak susahkan ko Abu...tak sangka plak kereta aku rosak teruk".

" Ala...hari ni aku tolong...entah esok giliran aku pula susah".

" Segan plak aku ngan isteri ko nanti...Lama ke ko nak balik kampung Lan?". 

" Seminggu jugalah...dapat juga teman aku berborak dalam kereta nanti...eh! Apa nama tempat kursus ko tu..."

" Kat Sekolah di Taiping, tak apalah ko turunkan aku kat hentian Bas Taiping saja nanti...tau lah aku nak cari sekolah tu..."

ESOK PAGI.......

" Eh!! Siap bawa Iron baju dan periuk masak ni..." Kata Lan tak kala bonet kereta dibuka untuk memasukkan beg nya.

" Alat alat letrik kecil macam ni kena bawa Lan....kalau tidak masak aku..." 

" Ehh! Masak apa pula...kan anak kamu ada dirumah, tak kan orang nak curi......"

" SEBAB ANAK AKU ADA DIRUMAHLAH AKU KENA BAWA setereka,periuk masak dan dapur letrik ni...tak larat aku setiap kali balik semula nak kena BELI lain".

Melihat Lan asyik tergaru garu kepala kerana tidak faham...Abu meneruskan kata......

"ANAK AKU TU KAN PENAGIH TEGAR LAN...kalau aku tak bawa...mau KENA JUAL SEMUA BARANG BARANG LETRIK NI...ituuu...ko tengok geriji besi kat pintu tu...kan dah tinggal separuh! habis dikumpilnya nak dijual...TV aku beli tu pun nasib baik saiz besar kalau tidakkkkk......  
Sebab itulah bila aku DOA biar anak aku cepat mati KO JANGAN SALAH FAHAM....kalau harta aku pun dicurinya inikan pula harta orang........
Aku balik kampung ni pun sebab nak melawat anak anak aku...semua anak anak aku tak nak balik sini sebab ada abang mereka yang HIDUP SUSAHKAN ORANG NI...bukan ke jadi pelik bila IBU BAPA pula kena balik rumah anak anak...tapi apa nak buat...!! Inilah nasib aku Lan...dapat anak PENAGIH DADAH!!! 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.