-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 19 Mac 2013

BETUL KE CERITA NI?

PEMBACA
Betul kah seperti didakwa oleh sesetengah pihak, Pilihanraya cuba di elak dan dilambatkan disebabkan isu isu seperti dibawah ini......??
Pasti kita tertanya tanya kenapa Sultan Sos Tiram@Kiram mahu menuntut Sabah sekarang?? Kenapa disaat nak diadakan Pilihanraya baru Sos Tiram ini MUNCUL?? 


Menurut sumber....Sultan Sos Tiram ini sebenarnya menuntut janji yang dibuat oleh Tun. Dr Mahathir ....tapi Tun lupa janjinya........Sos Tiram sabar menunggu....diangkat pula Pak Lah menjadi Perdana Menteri.....Sos Tiram tunggu juga...tapi tak dilayan oleh Pak Lah....Naik pula Najib sebagai Perdana Menteri....Sos Tiram tak boleh tunggu......

Tapi ...oleh kerana ada sedikit kebijakan diminda dan fikiran beliau...Sos Tiram CUBA MENGGUGUT BILA HAMPIR NAK PILIHANRAYA....sebab diwaktu pilihanraya inilah MASA EMAS dan tuntutan  MUNGKIN BOLEH DITUNAIKAN...... maka terjadilah insiden yang berlaku sekarang.

Sos Tiram tidak mungkin meminta atau menuntut dari Anwar kerana Anwar bukanlah orang yang layak dan ada kuasa....lagipula BELUM TENTU ANWAR jadi Perdana Menteri...jadi orang yang paling layak dan berhak ialah Perdana Menteri iaitu Najib. 

Malangnya ...Sos Tiram tersilap langkah...Najib tidak menunaikan dan melayan apa yang diminta ......Najib ada perancangan lain demi menyelamatkan karier politik dan menyambung hayat Barisan Nasional walaupun Najib tahu RISIKONYA amat besar.

Ok...kita terus berbicara pada RISIKO saja...... Risiko terbesar ialah KEHILANGAN UNDI...dan ini pasti terjadi dan berlaku diSabah kerana rata rata masyarakat Sulu yang menetap lama diSabah tidak akan mengundi Barisan Nasional lagi disebabkan tindakan yang telah diambil Najib pada Sos Tiram dan pengikutnya. 

Apabila hilang undi ...kedudukan Barisan Nasional akan terjejas...bukan saja di Sabah terjejas...ianya juga memberikan kesan besar pada Semenanjung kerana JIKA TIADA Sabah dan Sarawak Barisan Nasional sudah LAMA REBAH!! 

Jadi untuk memulih dan mengelakkan KEHILANGAN UNDI INI berlaku...sesuatu perlu dilakukan agar SABAH TIDAK HILANG pada Pembangkang. Namun terdayakah ditarik semula sokongan tersebut?? 

Itu punca pertama yang menyebabkan Najib sukar untuk mengadakan Pilihanraya sekarang...tapi PUNCA PALING BESAR IALAH ....

HIJRAH pemimpin pemimpin dan  ahli ahli Barisan Nasional kepada pembangkang....Sebagai  orang yang sudah biasa memimpin dan berpolitik....pemimpin pemimpin Umno harus melihat MASA DEPAN karier politik mereka.......JIKA HENDAK sentiasa jadi pemimpin....mereka harus BERSAMA PEMBANGKANG........

Berlakukah keadaan lompat parti ini?? Ianya pasti berlaku jika PAKATAN RAKYAT MENANG...ramai  pemimpin mereka akan berpaling tadah demi politik. Sekarang ni mereka cuma MENANTI MASA DAN WAKTU yang sesuai seperti yang dibuat oleh Sos Tiram diatas tadi...

Memang pening kepala Najib nak atasi 2 masalah diatas.......ditambah lagi pening apabila SUMBER SUMBER RISIKAN mengatakan RAKYAT SUDAH MENOLAK BN......Jangan ingat Najib gembira dengan kehadiran ramai orang dimajlisnya kerana SEMUA yang datang itu BERSEBAB dan takut DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB.......jadi terpaksalah hadir untuk selamat.

SPR mungkin tidak dapat membantu kerana tahap penolakan rakyat sekarang ialah 70 % ...manakala yang menyokong cuma 30%... bayangkan berapa ramai HANTU HANTU DIPERLUKAN UNTUK MENANGKAN MEREKA?? DAN dari 30% itu tadi, 10% ialah diantara pemimpin pemimpin yang akan BERPINDAH PARTI!!  

Apakah yang boleh Najib lakukan sekarang?? Masa kian suntuk ....

Macam manapun ini adalah sumber yang diberitahu dan diterangkan kepada penulis oleh ORANG LAMA DALAM UMNO sendiri......ianya mungkin benar dan mungkin tidak benar...jika tidak benar .....

MUNGKINKAH PARLIMEN AKAN BUBAR JUMAAT INI?? 
   

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.