-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 19 Mac 2013

MESTI BACA- SEJAM YANG LALU.......

PEMBACA
Kita tidak tahu bila kita akan mati, macam mana kita akan mati.....dimana kita akan mati, tapi yang pastinya Mati itu pasti TANPA MENGIRA SIAPA DIRI ANDA! Ikuti renteran kisah dibawah kerana ianya AMAT BERMAKNA........



Sejam yang lalu........
" Emak mana ada duit ...."
"Arhh!! Emak jangan nak tipu...." Bengis kata Jamali sambil menyentap beg emak dan berlari keluar untuk membeli dadah. 

Sejam yang lalu.......
" Nanti balik kerja u belikan ubat i kat Farmasi". 
" I balik lewat hari ni....tengoklah kalau sempat". Jawab si Isteri yang lebih rela BEKERJA  bersama teman lelakinya .

Sejam yang lalu........
" Papa jangan lupa ambil anak ....Ani kurang sihat hari ni"
" Papa takut tak sempat....Ani minta jiran kita tolong......" Suami yang lebih rela dan mempunyai masa terluang untuk mengambil isteri orang dari anak sendiri.

Sejam yang lalu........
"Segalanya dah siap diatur Dato"......
" Bagus! Semoga aku terpilih sebagai calon kali ni......" Harapan seorang pemimpin politik yang baru siap merancang untuk menjatuhkan rakan separtinya demi jawatan.

Sejam yang lalu.......
" Baju tu tak nampak ketat sangat ke".
" Inikan fesyen baru...tak nampak seksila sebab i cover dengan tudung ". Kata seorang artis yang baru dikenali.

Sejam yang lalu.

BERLAKU SATU kemalangan maut melibatkan seorang PENAGIH DADAH, isteri orang dan suami orang, ahli politik bergelar Dato dan seorang artis......semua mangsa yang terlibat telah dituntut oleh keluarga mereka malam tadi oleh insan yang bernama EMAK.

SEJAM yang lalu.........
Emak  MASIH sedih.......tidak terdaya untuk berkata......dalam sehari dia kehilangan HAMPIR KESEMUA AHLI KELUARGANYA, anak bongsunya seorang penagih Dadah, SUAMINYA yang ahli politik  bergelar  Dato, anak gadisnya yang bercita cita menjadi seorang artis  serta menantu perempuan bersama anak sulungnya yang juga suami pada Ani........... 

ANI ERAT MEMELUK EMAK..............!! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.