-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 5 Februari 2013

SYAK WA SANGKE ......

PEMBACA



‎'Pagi ni hujan lagi.. Semalam pun hujan' rungut Osman..

Sambil termangu-mangu di pondok ciptaannya bersama sahabatnya Jabar..

'Haiiii... Hujan lebat cenggini memang romantik...'


'Masa ni la aku teringat-ingat...terbayang-bayang pulok tu...! Fuhhh!' Osman masih berangan-angan...

Jabar yang duduk disebelah menjeling kepadanya sambil menggentel-gentel tembakau untuk dijadikan rokok daun... Almaklumlah.. Dah hujan-hujan cenggini.. Tak kan nak menebas pulok.. Nak menoreh jauh sekali.. Habis-habis pun dapat tenung jelah pokok getah tu dari jauh....

'Hishhhh! Ni yang aku tak tahan nih!! Triba-triba Osman menjerit...

'Ni apa pulok ni Man....?' Jabar semakin bingung... Menurut firasatnya.. Osman ni tengah 'blue' ni.. Yelaaa.. Kan hujan ni.. Sejuk..

Osman terus melompat dari pondok...'Aku nak cari jugak sekarang!!'

'Nak cari apa ni Man?..

'Dah hujang cenggini.. Nak cari apa lagi..?' tempelak Osman kepada kawannya itu...

'Woi!! Merepek apa? Dah gatal nak menikah ke?? Hentikanlah kerja bodoh tu!' Jabar dah tak boleh bersabar lagi dengan kerenah Osman....

'Kerja apa pulok? Aku nak cari pisang goreng, ubi rebus dengan kopi o lah ngok!! Kau fikir apa????'' jerit Osman..

'OOOOOoo.. He he he.. Belikan untuk sekali Man... Heheh....'



Penaja Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.