-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 5 Februari 2013

SUMBANGAN YANG SUMBING

PEMBACA


‎'Abang! Abang!!'

Sudin terdengar satu suara kecil memanggil-manggil... Dia pun menoleh kiri dan kanan... Kelihatan seorang budak lelaki, kemas dan berkopiah berlari-lari anak menuju kearahnya.. (Takkan berlari-lari bapak pulok kan... Hehe.. )

'Uhh??' Sudin terkedu.. Setahunya dia belum popular lagi.. Walaupun kehulu kehilir dengan gitar... Gitar tu sebenarnya setakat buat imej je.. Bukan dia pandai nak main pun... 


'Abang mintak sumbangan bang...'
budak lelaki itu meminta dengan senyuman yang manis... Yelah takkan nak buat senyum pahit pulok kan.. Tak pasal-pasal tak dapat sumbangan nanti...

'Sumbangan???' Sudin menyoal inginkan kepastian...

'Dik... Abang pun tengah kering ni... Abang buat sumbangan lain boleh???' Sudin bertanya sambil tersenyum..

'Boleh bang!' 

'Betul ke adik terima sumbangan dari abang nihhh! Betul? Tak menyesal?' soal Sudin bertalu-talu... 'Terima kasih dik.. Terima kasih!!' jerit Sudin lagi sambil melompat-lompat.. Siap ada bunyi lagi.. 'Toink! Toink!'

'Apa sumbangan abang tu bang?'
.
.
.
.
.
.
.
'Waaaaaa!! Adik taknak! Adik taknak!! Uwaaaaaaa!!' kedenganran budak lelaki itu tadi menangis teresak-esak...

RUPA-RUPANYA....

'Yeahhh!! Saya akan menyumbangkan lagu yang sepuluh!!! Lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Lefhanded! Debunga Wangi!! Are you ready?? Yeahhh!! Terimalah! Debunga Wangiii!!' 

begitulah gamaknya si Sudin yang terlalu ingin menjadi penyanyi...
Kesian kat budak yang minta sumbangan tu...

Moral of the story... Jangan bersetuju apa-apa jika kita tak faham apa-apa... Hehehe...


+Editor Camelia Huda

Penaja Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.