-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 5 Februari 2013

BUSUK YANG WANGI .....BUAT AMALAN!

PEMBACA



"BABA...Abah berak lagii.....". Aku yang baru pulang dari kerja cuma diam...jika ikutkan bisikan syaitan memang aku MENJAWAB 

.." U tak nampak i baru sampai ni...belum pun duduk lagi..." tapi entah mengapa tengahari tu aku cuma diam...walau resah dan gelisah dengan beban yang akan aku buat lagi .....


Angkat abah ke bilik air....basuh dan bersihkan abah dari najiss...dan aku kena lakukan perkara yang sama seperti pagi tadi sebelum aku pergi kerja...dan ianya tidak akan berenti sehingga abah habis nyawa....

Semua aku yang lakukan, tiada siapa lagi dalam rumah ini yang boleh lakukan kerana cuma aku yang abah tidak pernah maki hamun bila aku mandikan dia...sejak abah lumpuh panas baran abah makin menjadi...silap sikit saja semua nak dimakinya ...semua haramjadah!! Tak apalah cuma mulut dan suara dia saja masih berfungsi ...

Adik adik yang lain termasuk emak dan isteriku tidak berani menguruskan abah walau abah cuma boleh bercakap bukan dapat bertindak dan bergerak sedikit pun....cuma aku! 

Mandi kan pada ku tidak jadi masalah...tapi membersihkan najis itu yang paling masalah....Itulah yang paling aku takuti pada awal awal aku bertugas menguruskan abah....hingga ada satu masa aku berdoa agar abah tidak beristinjak!! 

Tapi aku tahu doa ku itu satu dosa ...kerana ianya lebih menjejaskan kesihatan abah kalau dia tidak boleh membuang sisa yang sepatutnya keluar...Dan sisa itulah aku perlu cuci dan bersihkan walau baunya membuat aku boleh termuntah!!

Tapi Allah itu melihat dan memahami semua kepayahan yang terpaksa aku tanggung...Allah tunjukkan aku jalan ini......

Selepas meninggalkan kerjaya berniaga...aku mengambil keputusan untuk menguruskan ladang dan kebun getah,untuk ladang yang ada sawit aku memang tidak mampu lakukan kerjanya kerana agak berat...cuma yang boleh ialah menoreh getah...melalui menoreh getah aku dah mula nampak nikmat yang Allah beri selain rezeki yang memuaskan.....

Lantun getah memang baunya amat busuk....lagi lama disimpan lagi busuk terutama bila berair dan memang itulah yang aku hadap hari hari selain najis abah....kesannya aku kini sudah biasa dengan bau busuk itu...hingga kini yang busuk itu sudah WANGI...Subha nallah! 

Tapi ada lagi satu yang hendak aku ceritakan......bahawa yang busuk itu tidak sebenarnya busuk dan ianya amat berguna.

Dari pampers yang mengandungi najis abah ini aku buang didalam lubang sampah dibelakang rumah...dan dibelakang lubang sampah itu ada 2 pokok getah yang abah tanam sewaktu dia sihat dulu......dari air lubang sampah itu SISA airnya jika hujan mengalir ke arah pokok getah itu...dan setiap kali aku menoreh  POKOK ITU ...AKU TERPAKSA MENGGUNAKAN BESIN KERANA GETAHNYA SENTIASA MELIMPAH.... dan cuma dengan 2 pokok getah yang abah tanam dan dibaja oleh najisnya itu  aku sudah boleh dapat lebih 1o kilo sehari......

Allah itu adil dan maha kaya dengan nikmat saudara dan saudari!! 



Penaja Artikel ....Sila Klik


1 Mesej diterima:

Busuk pun, kalau diletak perfume banyak2..akan wangi.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.