-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 5 Februari 2013

KENAPA BODOH SANGAT!!

PEMBACA


Tak tahulah pengirim email ni dari pihak yang mana...tapi emailnya cukup ringkas tapi bahasa yang digunakan mudah kita fahami dan selalu kita dengar ayatnya dimana mana...

Bodoh!! Bangang!! Semuanya lengkap ditulis dengan begitu baik sekali tanpa ada kesilapan pada ejaan. Dan walaupun TEGURAN PENGIRIM EMAIL NI BERBENTUK MAKIAN DAN CACIAN....penulis tetap baca kerana ini PANDANGAN BELIAU....dan seharusnya kita dengar apa kata beliau.
Atas alasan untuk tidak memanjangkan isu ini ,kami tidak akan berikan kredit trafik atau memaparkan apa yang ditulis, cuma inilah penjelasan penulis bagi pihak JomgelakFM sebab diakhir emailnya penulis dah agak....TUJUAN SEBENAR BELIAU!

" Ayat Panas beliau.....KALAU DAH TAHU FITNAH KENAPA DIPAPARKAN".

Penulis jawab...kalau tidak dipaparkan macam mana kita nak tahu itu fitnah atau tidak? Contohnya pengirim email ni dituduh mencabul isteri orang tak kanlah pengirim email ni akan duduk diam saja dirumah dan tidak mahu membetulkan keadaan? Penulis yakin dan percaya pengirim email ni akan lawan balik!

Contoh ke 2, Apabila timbul satu satu isu melibatkan fitnah dan kita terbaca ...bolehkah kita berdiam diri dan tengok saja sedangkan kita hidup dalam kelompok masyarakat dan pastilah keharmonian itu penting dan demi keharmonian itulah kita perlu membendung budaya fitnah ini. 
"
Biarlah kita jadi masyarakat prihatin dan bukan masyarakat yang duduk didalam Tin...bila dibuka baru dapat kita keluar".

Akhir sekali politik ini penting! Kerana dengan politiklah kita akan memilih pemimpin yang akan menjaga kita,keluarga dan anak anak kita dan mahukah kita memilih pemimpin yang berkuasa bukan melalui kepimpinan tapi melalui fitnah......dan hayatilah amaran Nabi junjungan kita......

LIDAH ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG.....fahami dan hayati sedalamnya supya kita tidak mudah tenggelam!

Penaja Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.