-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 1 Februari 2013

GEMPAR -KISAH POLITIK DALAM KELAS

PEMBACA
Adaptasi kisah ni penulis dapat semasa termanggu manggu diatas bangku tunggu anak balik sekolah...Mungkinkah perkara perkara begini pernah berlaku dulu...mugkinkah juga ianya cuma satu khayalan untuk menyedapkan cerita politik kita.....bak kata Nabil...anda baca dan fikirlah sendiri

........Pagi itu macam biasa suasana disekolah agak sibuk dengan murid murid dan ibubapa murid termasuk guru guru dan pekerja sekolah.....DIDALAM Kelas  kelihatan


" Waa ...hebat la ko Nazri ,datang sekolah naik hammer....aku ni cuma mampu ketuk hammer aje tolong bapak aku siapkan rumah orang..." Puji Mahfuz Omar.
" Alah....biasa ajalah...yang penting kita kena ikut undang undang ". jawab Nazri

"Phewittttttttttt!! Ehem...ehem...." Sapa Jamaludin Jarjis takkala Abby Abadi rakanya Yatt Hamzah dan  Aishah jalan lenggang kangkung masuk ke dalam kelas. 

" Ko ni Jamaludin Jarjis...pantang tengok awek...nak sambar selaluu..." Tanya Musa Aman yang tidak pernah aman kesekolah sejak ICnya hilang .

"Bangunnnnnnnnn....selamat pagi cikguuu!! Murid murid semua bangun bila guru kelas Pandikar Amin masuk sambil memegang rotan.

" Emm...baiklah...sebelum kita mulakan kelas...kita baca doa duluuu...Nik Aziz sila bacakan doa......." kata Guru Pandikar .

" Saya tak sihat cikguu...minta Azhar Idruslah baca...tak pun Khazim Elias" Nik Aziz berkata sambil terbatuk batuk..."

" Tak adil pulok nanti...camnilah cikgu..apa kata doa nak mula kelas ni kita minta Azhar dulu baca, bila habis kelas nanti Khazim pula baca...lagipun saya suka ADIL dan saksama..." Triba triba Azmin Ali bersuara dari kerusi belakang.

" Setujuuuuuuuuuu!! " Semua murid sepakat bersuara.

" Oklah...dah habis doa...Najib Razak ...ada berita tak untuk disampaikan selaku ketua kelas

" Ada cikgu...cuma Lim Guan Eng dan Hadi Awang tak dapat datang hari ni kerana mereka sibuk siapkan kitab apa tahhh...tak pasti pulokkk" Jawab Najib Razak 

" Ok tak pa ..tak pa...Cikgu ada panggilan dari Guru besar pulak ni...semua buat kerja  apa yang cikgu tulis dipapan hitam ni..." Pandikar Amin mula menulis sesuatu dipapan hitam...tetapi kerana nak cepat..dia tersalah tulisss...dia mencari mula mencari...

" Mana pulak pemadam dalam kelas ni...Dah tiga kali cikgu beli asyik hilang jaaa" Sambil memandang murid Cikgu Pandikar bertanya...

" Anwar Ibrahim ambik cikguuu...saya nampak tadi". Triba tiba Mahathir Mohamad bersuara sambil menunjukkan pada Anwar Ibrahim yang berada dibelakangnya.

" Ko ni asyik salahkan orang saja Mahathir, kan ko yang last padam semalam..." Jawab Anwar Ibrahim pula.

"Ehh!! Lupa plak...aku bagi kat Ibraham Ali ....mana ko letak Ibrahim". Mahathir bertanya pada Ibrahim yang duduk bersebelahan dengan sepupunya Hassan Ali .

" Entah entah dia SUDA bagi sama katak dia makan itu pemadam cikguuu" Karpal Singh pula menyampuk .

" Cilakak ko Karpal...aku gempal karang kooo ...Hassan...kan aku bagi ko semalam pemadam...' Marah Ibrahim Ali sambil bertanya pada Hassan Ali yang asyik memerhati bekal NASI cap beras JATI dalam mejanya.

" Saya lupa la cikguuu,tertinggal kat rumah...".

" Apara ko ni Hassan, pemadam pun bawak balik rumah...". Marah pelajar berbadan gempal Mustafa Ali yang juga sepupunya selain Ibrahim Ali.

Suasana dalam kelas menjadi kecoh dan hingar bingar dengan isu pemadam...Cikgu Pandikar tak dapat mengawal keadaan.......

" Listen........Listen........Listennnn to meee...Diam diam...! Sharifah Zohra selaku penolong ketua kelas cuba menenangkan keadaan.

" POLIS KATA JANGAN!! Ehh! Salah ayat pulok...diam diam...tak perlu kita bisingkan perkara niii...' Abdullah Badawi juga cuba mengawal keadaan walau dia tahu dia bukan lagi ketua kelas kerana jawatan ketua kelas kini disandang oleh Najib.

" Cikgu...guru besar dah panggil tuuu......." Masuk pelajar dari kelas lain yang  bernama Aziz Mohd Yusuf untuk memanggil cikgu Pandikar .

"Dah dah..cikgu nak cepat ni..jangan bising dan buat latihan sendiri..." Kata Cikgu Pandikar sambil keluar kelas di iring oleh Aziz dan seorang rakan Aziz bernama Ismail Omar. 

Sepeninggalan Cikgu ..suasana kelas kembali meriah dengan aktiviti SUKA HATI murid murid.......Ada yang berbual......

" Cuti raya cina ni jadi tak ikut aku balik Mad...ko kata nak tengok suasana Felda ". Tanya Mazlan Aliman pada Ahmad Mazlan 
"Bolehh...aku ajak Azalina Othman sekali nanti ".

Dikerusi selah kiri pula...

" Ko tolong aku betulkan matematik ni...aku asyik salah kira la " Rais Yatim meminta pertolongan rakanya  S. Ambiga sambil menunjukkan buku matematik...tapi disebelah meja depan pula isunya.....

" Berapa tahil dapat getah semalam Ghani ?" Tanya Musa Hassan pada teman baiknya itu..

" Tak banyak laa...getah dah mula kurang..adalah dua tiga tahill...bapak aku nak buat tahlil pun tak lepas..." Jawab Ghani Patail sambil betulkan rambutnya sikat tepinya itu

" Waaa..rajin ko tolong bapak koo Ghani...Aku ni sejak bapak aku tidak berladang..duduk diam saja kat rumah ...bosan jugakk.." Sapa Nasarudin Mat Isa dengan sedih sambil merenung diri .....

" Apalah ko niii...asal duduk dekat mesti nak bertekak..." Pelajar dari jiran sebelah meja  pula bersuara memeranjatkan Ghani,Musa dan Nasarudin

" Ni..ko tengok Rafizi niii...tak habis habis nak dengki dengan aku...kata badan aku bau lembulah...badan bentuk lembulah...geram akuu...gerammm" . Marah murid perempuan bernama Sharizat Abdul Jalil sambil mencebik muka kearah Rafizi Ramli.

" Sabar Ijat..bawa bersabar...ko jangan usik usik lagi Izat ni Fiziee...aku minta mak aku doakan ko mengandung karang..." Mashitah Ibrahim memberi amaran .

" Aku bukan tuduhlaaa...aku ada bukti...lagipun Khalid cakap ko jarang mandi..." Jawab Rafizi Ramli sambil melihat kearah Khalid Ibrahim

" Ala...kan tempat kita tak ada air sekarang ni...aku ikut suasana semasa aja.." Jawab Khalid  sambil minum bekal airnya.

" Asyik nak gaduh ajaa korang...ni sebelum aku luppa...malam ni aku jemput kawan kawan semua datang rumah aku...malam ni bapak aku buat YASIN......" kata Muhyidin Yasin sambil berdiri diatas meja.

" Haiya!! Lugi la ini macem..kami tak muleh latanggg ,mukan Islam..." Rungut Lim Kit Siang sambil dipersetujui rakan rakanya Chua Soi lek dan Samy Vellu. 

" Sapa kata tak boleh..kita kan satu Masyarakat Makmuk..tak gitu Najib? " Kata Anwar pula sambil memandang Najib....

" Betul...betul..1 Malaysia......." kata Najib Razak sambil angkat angkat kening pada Ziana Zain...eh!! Rosmah Mansur yang asyik memerhatikannya......... 

PENDUKUNG WATAK POLITIK SEMALAYSIA......sekadar hiburan ! 





0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.