-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 1 Februari 2013

BILA AFDLIN SHAUKI DITEMPIAS KERANA ANWAR IBRAHIM

PEMBACA

Kepentingan agama biarlah melebihi dari kepentingan politik dan tidak seharusnya isu isu begini dipolitikkan. Dalam isu kita membantu rakyat palestine  jurang politik TIDAK harus diletakkan berada ditengah...

Apabila menatap gambar ini rasa bersyukur yang amat sangat sebab kita tahu Afdlin Shauki adalah ahli UMNO tapi dalam kesungguhan beliau membantu rakyat Palestine kepentingan politik beliau letak ditepi. Itu satu pendirian yang patut kita contohi dan banggakan.


Malangnya ada pihak yang tidak berpuas hati dan mula mempertikai kan apa yang sedang PKR melalui DS Anwar Ibrahim lakukan...hingga pahitnya turut dirasai oleh Afdlin Shauki sendiri....kenapa begitu sempit pemikiran kita dalam isu PALESTINE INI?

Jadikan keperibadian Afdlin ini sebagai contoh sebelum kita mengeluarkan segala pendapat dan sokongan dalam isu Palestine dan jangan terlalu terikat dan berburuk sangka disebabkan POLITIK yang akan anda lihat komen komennya dibawah nanti. 




Sebelum ini ada juga cemuhan dan makian yang dilempar kepada Perdana Menteri dan DS Rosmah selepas balik dari berkunjung ke sana...dan pastinya sama, baik dipihak pembangkang dan kerajaan, tidak semua yang dilakukan itu mendapat nilai positif...sebab apa?? Sebab kita berpaksi pada sandaran Politik dalam isu Palestine ini.

Pada pandangan penulis, biar apapun pendapat dan huraian anda, bila kita berada dalam isu Palestine...politik tidak perlu kerana yang akan  mengundi bukan rakyat Palestine dan BIARLAH KITA BIJAK MENILAI DAN TIDAK MENYIMPANG JAUH DARI MATLAMAT ASAL SEPERTI INI ........







0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.