-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 31 Januari 2013

MUSA MEMANG SETAN!

PEMBACA

Lebih kurang pukul 12 malam ,penulis bersama Amad ,Mail dan Albert  sedang melepak ditepi jalan setelah penat bermain badminton. Hajat nak pergi minum waktunya dah lewat sangat...jadi kami ambil ketetapan PBB untuk lepak saja ditepi jalan sebelum balik.

Memang banyak perkara yang diborakkan malam itu dan yang peliknya tiada satupun isu badminton yang diborakkan walaupun selepas penat bermain badminton. Sedang berborak borak itu ...triba triba Musa datang dengan tidak berbaju cuma berkain pelekat. 


Walaupun agak cuak kerana TAKUT YANG DATANG ITU BUKAN MUSA...maklumlah kawasan tu agak kelam dan samar samar cahaya..tapi tengok rakan rakan lain nampak biasa saja penulis pun ikut buat biasa biasa saja.

" Kata sakit perut tadi ajak main Badminton...ni leh lak keluar lepak". Albert berkata

"Alaa...sakit perut tak semesti tidak boleh melepak" Jawab Musa selamba sambil ntyalakan api rokok .....

Tanpa ada keraguan munasabah kami pun sambung berborak borak macam biasa dan tiada yang luar biasa. 

Hampir 10 minit rasanya Musa duduk mencangkung melepak  bersama kami...triba tiba dia cakap mahu balik...Huh! Nak balik awal macam lah ada bini ...bentak hati penulis dalam diam.....

Setelah Musa berlalu pergi terkengkang kankang mungkin sebab sakit perut kot...triba triba kami terbau SESUATU..........SESUATU YANG AMAT KAMI KENAL...

Masing masing berpandangan sesama sendiri...Bau itu makin kuat...makin loya tekak...Ahhh!! Nasib baik ada lampu suluh...disuluh untuk mencari arah BAU ituuuu.....

MUSA MEMANG SETAN!!!! Itulah perkataan yang keluar dari mulut kami...menyumpah seranah kepada MUSA yang  rupanya datang  MEMBUANG NAJIS dalam kain pelekatnya tadiii...

Patutlah pakai kain pelekat tak berbaju dan mencangkung baikkkkkkkkkk punya..rupanya dia ada HAJAT...........


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.