-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 1 Februari 2013

PANAS - ND LALA DAN SHARNAAZ PAKAT BUANG ANGIN

PEMBACA
Tak tahulah samada kisah panas ND Lala dan Sharnaaz Ahmad (Bakal Menantu ke hantu) ini disengaja disensasikan atau tidak. Semuanya bermula apabila isu merisik yang dicanang oleh Sharnaaz sendiri.

Nampaknya si anak Shila Amzah pasti terkena dengan tempias isu oleh siayah dan bakal simenantu @ kekasihnya ini...Kita baca dulu kenyaan kedua dua pihak yang dipetik dari laporan akhbar dan media Internet......


Ini komen ND Lala tentang Cadangan  merisik oleh Sharnaaz

Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.

Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.

“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.

 PETIKAN - metroll 31 jan 2013 mukasurat 16


INI pula respon atau kenyataan balas oleh Sharnaaz 

Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.

Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.

Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.

Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri.


Nampaknya kedua duanya sedang melepaskan angin ...elok kita sebagai pemerhati dan peminat duduk jauh sikit sambil berdoa agar mereka dapat JALAN TERBAIK DEMI SEBUAH KELUARGA DAN MARUAH KELUARGA.....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.