-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 25 Januari 2013

HUH! SAJA BIKIN GEMPAK

PEMBACA

Disuatu petang dalam suasana yang aman damai.. Kelihatan dua orang lelaki sedang berbual mesra diiringi kicauan burung bersama desiran angin meniup daun-daun pokok getah..

'Aku ingat nak berpoligami lah Norman, kawin dua...' kedengaran suara Husin memecah kesunyian..


'Tak boleh Husin... Kau tak boleh berpoligami....' Norman seakan memberi nasihat kepada sahabatnya...

'Apsal tak boleh pulok man?? Aku ada kemampuan zahir dan batin.. Aku layak berpoligami!' bentak siHusin tak puas hati..

'Orang lain boleh, tapi engkau tu tak boleh... Kau tak layak cakap pasal poligami ni...aku cakap tak boleh, tak boleh lah!' Norman tetap dengan nasihatnya..

'Kenapa Man ha? Jeles ke dengan aku? Aku nak poligami pun tak bagi?' bentak siHusin lagi dan lagi...

'Masalahnya... Kau tu sorang isteri pun tak ada.. Nak berpoligami kebendanya? Carik sorang isteri dulu, baru boleh cakap pasal poligami.. Huh!!' Norman bersyarah panjang lebar sambil meninggalkan Husin yang dari tadi tak berkelip-kelip bijik mata...

Hehe..

                    Editor  Mysury  Nur




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.