-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 25 Januari 2013

DUNIA PUNYA DALAM

PEMBACA


AMERIKA SYARIKAT: Seorang pembunuh menyaman pentadbiran pejara di negeri Colorado kerana menyelamatkan nyawanya selepas jantungnya berhenti berdegup. Banduan berkenaan, Daniel Self berkata, dia meminta pengawal-pengawal penjara supaya tidak memulihkannya jika pernafasannya terhenti semasa tidur. Dia mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan keatas pernafasannya. Dalam samannya, banduan berusia 54 tahun itu mendakwa pihak penjara sengaja enggan menghormati haknya untuk tidak menerima rawatan apabila pernafasannya terhenti pada tahun 2009. Menurutnya, dia lebih rela mati selepas didapati bersalah pada 2003 kerana membunuh teman wanitanya Leah Gee, 24, yang mengandung ketika itu. Kes berkenaan kini diteliti disebuah mahkamah persekutuan AS.


INDIA - Seorang isteri, Priyanka Bharti diberi sambutan meriah pada Rabu lalu semasa dia pulang semula kerumah mertuanya selepas melarikan diri kerana ketiadaan tandas di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh, India. Bharti turut merasmikan pembukaan sebuah tandas modern yang dihias bunga dirumah mertuanya itu yang turut disaksikan oleh orang ramai. Pembinaan tandas itu dikendalikan pihak pengurusan pertubuhan perkhidmatan sosial antarabangsa, Sulabh. Tandas itu dibina selepas berita Bharti melarikan diri tersebar di India. Sebelum ini dia meninggalkan rumah mertuanya selepas empat hari menginap kerana berasa malu apabila terpaksa membuang air besar dikawasan lapang di luar rumah kerana ketiadaan tandas...


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.