-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 24 Januari 2013

BIAR TERKEDU JANGAN MENYUDU

PEMBACA


Dua Kisah Satu Pengajaran

KISAH KESATU:

Suatu petang di sebuah warong kopi ketika mengetea..

'Ko tengok apa tu Karim' hairan Norman melihatkan kawannya triba-triba terdiam dan tak henti2 memandang kepada seorang lelaki.. Kalau tengok perempuan takpelah jugak..

'Tuuuuu, Mamat tu, dulu masa kaya menyombong... Last-last bangkrap... Hah hah! Padan muka... Hahahahaha' dengan kuat dan lantangnya Karim bersuara

Tetapi... Norman hanya tersenyum sambil menggeleng-gelangkan kepalanya...


Dengan hairan Karim pula bertanya.. 'Apasal ko sengih semacam je?'

Dengan selamba gadak Norman menjawab 'Untung dia dapat pengajaran, tapi rugi yang melihat, kerana tak dapat pengajaran....'

Karim terkedu macam itik tertelan sudu...

KISAH KEDUA:

Ini kisah peribadi saya sendiri.. Alkisah waktu itu saya baru saje nak berjinak-jinak dengan keagamaan.. 

Penampilan tak melambangkan tahap amalan seseorang.. 

Pada suatu petang, masa tu saya ada kerja diluar, oleh kerana tak sempat untuk balik keoffice dan waktu asar pun hampir habis, saya terpaksa berhenti disebuah masjid untuk bersolat... Setelah selesai bersolat dan bersiap-siap berkemas diri. Ketika hendak keluar dari masjid itu, saya terserempak dengan beberapa budak lelaki yang agak ranggi habis pakaiannya.. Seluar koyak-koyak.. Rambut panjang lagi... Agak selekahlah dimata saya.. Mula-mula saya skeptikal juga, Pada firasat saya dah tentu budak-budak ni nak tumpang tidur disini... Kalau ya, memang saya dah bersedia menegur mereka, surau dan masjid bukan tempat tidur, sebab akan mengganggu orang lain beribadah.. Waktu itu, rasa diri dah berubah baik lah konon.. Hehe... jadi rasa membuak-buak nak tegur kalau orang lain buat salah!

Tetapi saya terlihat, salah seorang daripada mereka tukar seluar.. Oh!! Baru saya dapat agak, mereka ni nak bersolat sebenarnya!

Saya beristghfar dalam hati, menyesal kerana buruk sangka pada mereka. Yang buat saya lebih kagum, mamat yang berseluar koyak tadi itulah yang mengimamkan kawan-kawannya...

Melihatkan peristiwa sebegini didepan mata sendiri membuat saya cukup tersentuh hati.. Mungkin penampilan mereka seperti mat rock, mat rempit, tapi mereka tak lupa suruhan Tuhan.

Saya muhasabah diri, Allah beri pengajaran bermakna pada saya! Jangan sesekali pandang rendah pada orang lain. Jangan ingat kita dah cukup dekat dengan Allah sedangkan siapa tahu, orang yang kita pandang rendah itu lebih mulia dirinya disisi Allah SWT!

Saya ceritakan peristiwa ini kepada ibu saya. Mak hanya tersenyum sambil mengulas pendek. Katanya banyak cara Allah nak tegur atau ingatkan kita. Kdangkala dengan cara yang kita sendiri tak pernah sangka!

Kata-kata mak membuatkan saya lagi terkedu.. Tepat sekali!!

                    Editor  Mysury  Nur



Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.