-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 28 Januari 2013

HAMPEH! BLOGGER INI DIKIRA MENIPU

PEMBACA

Sebenarnya penulis dah lama perasan satu blog ini yang BIARLAH DIRAHSIAKAN sebab nanti tak pasal pasal tingkat plak trafik blog dia, cukup sekadar berkongsi maklumat...boleh kan?? 

Dikalangan blogger, tajuk dan mukadimah posting itu memainkan peranan penting untuk menarik minat orang membaca. Dan cara ini tidak salah digunakan asalkan berita yang kita paparkan itu sesuai dengan tajuk posting dan ada alasan alasan munasabah...tetapi MENIPU MENGGUNAKAN TAJUK Posting memang tidak dapat kita terima......

Begini....dalam blog yang penulis maksudkan tadi......ada macam macam berita panas yang dibuat, DAN TAJUK TAJUK POSTINGNYA MEMANG MEMBUATKAN KITA MINAT UNTUK MEMBACA....tapi beritanya cuma separuh jalan, dan jika kita nak tahu kita mesti klik seperti contoh dibawah ini.

Antara tajuk panasnya lebih kurang begini

- BUKTI BERGAMBAR ANWAR ADA SKANDAL DENGAN SHAMSIDAR

- GAMBAR terbaru Artis melayu bogel di luar negara

- GEMPAR!! ROSMAH TAMPAR NAJIB (Gambar)


- Dari tajuk diatas, kita akan klik untuk membaca isi dan kandungan beritanya....bila kita klik......Link seperti ini akan dibuat 


Dan bila anda klik......anda akan dibawa masuk ke dalam IKLAN iklan yang disertai oleh blogger ini......Dan pastinya setiap iklan yang kita klik itu blogger ini dapat imbuhannya.....Inilah Yang dinamakan menipu .

Memang benar, ada yang menjadikan blogger ni sebagai satu punca pendapatan melalui hasil iklan berbayar terutama melalui sistem Pay Per Click seperti Nuffnang,Adsense dan sebagainya, tetapi janganlah gunakan cara dan teknik menipu begini....HARAM DEH!! 
   

2 Mesej diterima:

Serius AJ memang tak suka ada blogger macam ni.....
Tak elok tau trick blogger lain.....

Kalau dah terkena sekali tu je la jengah blog dia.....

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.