-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 10 Januari 2013

AKIBAT MENYEPAK KUCING

PEMBACA

Kisah ni berlaku semasa penulis sedang bersekolah menengah . Ianya masih mekar dan segar diingatan lebih lebih lagi apabila melihat kucing. 

Setiap pagi penulis akan berjalan kaki ke sekolah ...maklumlah rumah penulis dengan sekolah tidaklah sejauh mana...ibarat dari Melaka nak ke Sabah dekatnya...eh! Miahahaha. Setiap pagi juga penulis akan melalui satu titi kecil dicelah celah rumah orang kerana ini adalah jalan terdekat untuk ke sekolah.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik itu penulis pasti terserempak dengan kucing tuan rumah yang berkeliaran dan kadang kala seakan menghalang penulis untuk ke sekolah. Mula mula dianggap biasa....lama kelamaan dianggap luar biasa kerana kucing itu dah mula mengekori penulis berjalan. 

Nak dijadikan cerita, satu hari tu penulis lewat ke sekolah ...berjalan agak laju dari biasa ..triba triba kucing yang "Suka menyibukkan diri" datang dan bermain main di kaki penulis...rasa geram dan takut lambat...penulis sepak kucing itu kedalam semak...maklumlah masa tu darah muda dan cepat panas ...tak tahu apa jadi penulis teruskan perjalanan kesekolah dan belajar macam biasa.

Dua hari selepas penulis sepak kucing itu..kucing itu tidak lagi kelihatan...disitu timbul rasa bersalah.....dan berdosa lebih lebih lagi bila terbaca KUCING BINATANG KESAYANGAN NABI......tercari cari juga penulis dimana kucing tu berada.

Masuk hari ketiga...sekali lagi penulis terlewat. Maklumlah malam asyik menonton bola mana tak bangun lewat haha. Tergesa gesa penulis berjalan........jalan punya jalan ...KEDEBUKKKKKK!!! Penulis tersepak tunggul batu dan terduduk menahan sakit. Sambil mengurut ngurut kaki dan menyumpah seranah batu ditepi jalan itulah KELIHATAN KELIBAT KUCING YANG PENULIS SEPAK BERJALAN TERHINJIT HINJIT ditepi penulis....Rasa meremang bulu roma dalam situasi itu....mata penulis liar melihat kucing itu bergerak dengan kakinya yang seakan patah...dan penulis rasakan sesuatu BALASAN DARI ALLAH.............

Takutlah pada balasan Allah......dia membalas tak kira masa dan ketika dan sayangilah haiwan kerana dia dicipta oleh Allah untuk kegunaan kita ........Syukur!

Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS 
ISTERI POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.