-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 23 Disember 2012

SESALKAH AKU

PEMBACA

"Lewat dah nii........Aku gi dulu. " Tergesa gesa Faizal membayar sarapan paginya dan bergerak ke motor. 
" Awal lagi ni Zalll....... nak kemana cepat sangat! Kebun ko bukan lari pun". 
"Tak boleh!! Aku dah janji dengan Pak Cik Borhan nak betulkan jalan...kesian dia tunggu". Jawab Faizal dan berlalu pergiii. 
"Kesian juga aku tengok Faizal tuu...kerja setengah matiii ,malam jadi jaga kat Telekom..siang menoreh!". Kata Yassin pada ku yang dari tadi sibuk menikmati nasi lemak bersambalkan sambal belacan.......Ahakss!
" Dia nak kawin laaa...kena lah usaha lebih. " Aku jawab jujur.
" Nak kawin pun kesihatan kena jaga juga.......nanti kurang Power apa maknanyaa hahahaha. " Gurau Yassin .
"Sinnn........Cepatlah sikit! Kereta aku tu bila nak siap baikinya kalau macam niii". Khalid yang duduk dimeja sebelah mengigatkan Yassin. 
Aku hanya mampu melihat Yassin dan Khalid berlalu pergi, kini aku ,tea tarik dan nasik lemak saja dimeja makan.....Aku keseorangan lagii.

Malas lama lama minum, Aku juga mahu berlalu pergi ........Macam biasa, bila saja aku hidupkan Helikopter ku jenama Honda Ex5 enjin turbo  pasti semua mata pelanggan kedai minum akan tertumpu padaku....maklumlah deruman enjin Helikopter aku itu boleh menyesatkan nafas yang lurus .

Ramai pula lori sawit keluar masuk pagi niii.......tergendala niat nak merempit dalam ladang macam niiiiii... Sampai disimpang antara kebun aku dan kebun Faizal aku berenti.....Hati terdetik nak MELIHAT FAIZAL DAN PAK CIK BORHAN membaiki jalan. Tapi aH!! Karang kalau dah pergi ,mesti ada borak borak...bila ada borak borak lewat  la nak siap kerja hari ni. AKU BATALKAN NIAT nak pergi ! Terus aku masuk ke kebun walaupun Niat nak pergi tengok Faizal dan Pak Cik Borhan tetapi ada.

Menjelang tengahari.....triba triba aku terdengar deruman enjin motor masuk ke kebun aku, panjang leher aku hendak memastikan siapa? Ah! Apa hal pulok Yassin datang ke kebun niii...tak pernah pernah dia datang! 

" MAN.......Cepat ! Cepat! Faizal MENINGGAL Dunia......." Dengan cemas  Yassin berkata. Aku terperanjat! Aku terdudukkkkkkk! Betulkah?? 
" Ehh!! Kenapaaaa?? ". Aku tak sedar aku tertanya begitu kerana tergamam.
" Kata Pak Cik Borhan dia nampak Faizal tiba tiba terjatuh semasa mencangkul jalan. Nak kata dipatuk ular tak ada kesan. Mungkin jantung lahh! ". Aku segera meninggalkan kebun dan balik menuju kerumah Arwah Faizal.....Sepanjang perjalanan aku seakan insaf. Bila bila masa Allah boleh ambil nyawa hambanya tidak kira tua atau muda, tidak kira sihat atau sakit! 

Aku lebih sesal kerana TIDAK MENJEGAH ARWAH FAIZAL pagi tadi walau sudah TERNIAT. Aku tidak sedar dimana Handphone ku berada tak kala mahu beritahu rakan rakan lain . Aku tidak sempat fikir samada aku tertinggal di kedai makan tadi atau terjatuh ditengah jalan.....semua itu tidak penting!! 

YANG PENTING AKU PERLU SEGERA BANTU URUSKAN JENAZAH RAKAN BAIKKU yang pergi selamanya........
Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.