-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 25 Disember 2012

KITA TERTEKAN DAN DITEKAN

PEMBACA

Oleh kerana dah janji dan kebetulan cuti tak  bekerja hari ni...maka bawa anak anak untuk menunaikan janji.  nak beli Ipad  pada anak yang boleh disimpulkan ANAK DAPAT I PAD bapak dapat I PAID ........Miahahaha

Satu kedai ke satu kedai membuat lawatan dan ujikaji tentang harga. Maklumlah ada orang kata, kalau nak dapat murah kena rajin pergi dari satu kedai ke satu kedai. Tanpa segan dan pilu ...maka banyak lah ditanya dari satu kedai ke satu kedai terutama bab harga.  Akhirnya jumpalah satu kedai yang memang dijual murah,model dan spesifikasinya sama dengan kedai lain..tapi harganya murah....INILAH YANG KITA CARI ANAK ANAK.......JOM SERBUUUUUUUUU!! 

Kalau dikedai lain, Ipad SAMDUL yang hendak di IPAID oleh bapak ni harganya RM699 tapi kedai TEE FU HUAT NI cuma RM499? Murah kan......Belik punya belik bincang punya bincang maka setujulah ......
tapiii sebelum dibayarrrrrrr

" Iniii ipaid kalau mau cantik lagi kasi letak memory besar punyaa, baru laju dan macam macam boleh simpan...".

" Pulok dohh! Oklah tambahlah memori tuuu". Dah alang alang nak beli malas nak fikir lagi..nanti kena tambah lagi ,baik beli terus (Hati berkata)

" Baba....beli beg sekalilah ...tak kan nak pakai togel macam ni sajaaa..." Anak pula cucuk jarum........

" Betul jugak tuuu...tak kan nak biarkan Ipaid ni telanjang, dose tuuuu.....Ambillahhh, tapi pilih yang murah ajaa ". 

" Kalau mau selamat ....kasi letak Skrin protector ,nanti Ipaid tak mudah losak dan sentiasa cantik...

"Ada lagiii?? Yelahhhhhhhhh!! " Mula dah garu kepalaaa. 

" Adik mau masuk game tak?? Kalau mau kita masukkan sekali....talak mahai cuma RM20 aja muleh dapat semua game..." HUH!! Tokey cina ni mula cucuk jarum siap benang lagiii.........TERPAKSA........

"Dah habis dah aksesori ?? Ker ada nak tambah lagiii..........mana tau nak masukkan set Astro plak kat Ipaid ini..." Ayat bengang terpaksa dikeluarkan setelah melihat BIL YANG PERLU DIBAYAR SEMUA SEKALI DAH JADI RM740 dari RM499 tadi.

Anak anak semua diam dalam  GEMBIRAA ........ Nak berjalan balik tu triba triba anak bungsu berkata tak kala lalu di deret kedai HP dibahagian bawah Plaza.

" Eh ! IPAID Ni macam SAMA  yang kakak beli aja tadi baba........" Terlihat model yang sama dengan hati BENGKEK ......bukan apa.........

HARGANYA RM699 ---Siap semua sekaliiiiiiiiiiiiii !! Dengan memori,beg dan game!! HAMBIKKK!! 

Kena dohhh............ 
Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.