-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 25 Disember 2012

KAWAN ATAU KEKASIH

PEMBACA

"Ida ada makcik?". 


" Tak ada.....dah keluar dengan Amri. " Jawapan spontan emak Ida begitu menyedihkan Hawa. Memang sebelum ni Ida dan Hawa teman akrap, kemana pergi mesti mereka berdua. Tapi semenjak Ida berkawan dengan Amri....segalanya sudah berubah.

Hawa bukan lagi teman baik Ida, kadang kala Hawa terasa kehilangan seorang sahabat baiknya...kadang kala Hawa cemburu bila Ida keluar dengan Amri,  Hawa merasakan dirinya telah dibuang dan dipinggilkan oleh sahabat dan teman mesranya iaitu Ida. Hidupnya mula terasa kosong .

"Jauh termenung Hawa...emak panggil beberapa kali pun tak dengar". 

"Tak ada apalah mak..." Terperanjat Hawa bila emaknya muncul dalam biliknya secara triba triba. 

"Emak faham.....tengok rupa anak emak pun dah tahuuu.......pasal Ida kan". Hajah Mashitah dapat merasa perubahan dan merasai kesedihan anak sulungnya itu. Memang Hajah tahu Ida dan Hawa kawan rapat...rapatnya Hawa dengan Ida  sama seperti rapat dan akrapnya  dia semasa remaja dulu dengan emak Ida,kini giliran anak mereka.....

Hawa cuma diam.....serba salah .

" Hawa........setiap mahkluk ciptaan Allah diberikan hati dan perasaan, bila sampai masanya hati dan perasaan itu tidak dapat kita sembunyikan apabila bertemu dengan seseorang yang dianggap lebih  istimewa walaupun kita ada kawan paling rapat. Setiap lelaki perlukan wanita dan wanita perlukan kehadiran lelaki...cuma masanya yang membezakan samada cepat atau lambat perasaan itu muncul". Hajah Mashitah mula memberikan motivasi pada anaknya

" Dalam keadaan macam nii, Hawa kena terima hakikat sebagai seorang gadis, kita ada had dan tempoh tertentu untuk berkawan lebih lebih lagi bila sudah bersuami nanti.. perubahan usia dan naluri hati dan perasaan memang tiada siapa dapat halang, cuma bezanya Ida terlebih dahulu mempunyai KEKASIH dan Hawa masih belum menemui pujaan hati,andai kata anak emak ini sudah menemui kekasih, emak pasti Hawa akan faham apa yang emak kata ni.... " Pujuk Hajjah Mashitah .

"Baiklah emak...Hawa faham.............

Begitulah kita tak kira lelaki atau perempuan, apabila sampai masanya KITA AKAN TINGGALKAN KAWAN RAPAT KITA DEMI KEKASIH.......

Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.