-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 20 Disember 2012

BENAR , AKU YANG MEMBUNUHNYA

PEMBACA
"Minggu ni balik mak harap kamu dapat balik Fahmi?" 

"Tak tahu lagi mak...kenapa?"

 "Adik kamu ni si Iza ada orang nak bertunang...nak harap siapa lagi.....". Kata Emak menyebabkan Fahmi terbayang impiannya  untuk pergi ke Tioman  dengan rakannya sabtu ini akan musnah. 

"Angah kan ada mak...suruh Angah ajalah...lagipun tunang ajaa". Fahmi mencari alasan.

" Kamu tu yang sulung...lagipun emak nak buat kenduri tahlil dah alang alang tu tu sekali ...". 

"Tunda minggu depan tak boleh ke mak? ".

" Issssssssk! Orang dah sedia semua senang senang nak tunda".

"Nantilah orang fikir emakkk..." Kata Fahmi menamatkan talian. Fikirannya segera buntu. Memang dia dah berjanji dengan rakan rakannya untuk bercuti di Tioman minggu ni. Segala kelengkapan dah dibeli. Tak sangka pula emaknya buat perancangan mengejut macam ni...BUNTUU!!  

"Arifff!! Aku tak dapat pergilahh...ada hal keluarga plak". 

" Ko ni jangan macam tuuu...tak syokla kalau ko tak ada....lagipun aku dah janji nak bawa Fatin dan dua lagi kawannya ...rugi lah kooo ......". Arif mula menggoda Fahmi.

" Jadi ke mereka nak ikut kita?" Fahmi menunjuk minat takkala terbayang tubuh menghairahkan Zarina teman rapat Fatin. 

" Jadilahhh..!! Tengoklah siapa ayat".!! 

"Ko memang kalau bab ni cukup pandai....bagi aku masa..". 

Fikiran Fahmi makin buntuuu....antara naluri NAFSU SERAKAH  DAN NALURI KEKELUARGAAN .....Fahmi mula tidak tenang...

"Yesss!! Dapat ideaaa..." Triba triba Fahmi melonjak sakan. Segera dia telefon rakannya. 

" Ariff ...ko ikut akuu balik kampung nantii..". 

" Kenapa pulakk! Nak batalkan ke pergi sana".

" Bukanlahhhhhhh!! Ini plan baikk punya....ko ikut saja aku". Fahmi berkata.


Fahmi, Ariff dan Najib bergerak menuju ke kampung Fahmi ...Fahmi dah menerangkan pada rakan rakannya itu apa yang perlu dijawab jika keluarga terutama emaknya bertanya nanti.

" Orang mana Iza..." Tanya Fahmi pada adiknya yang sudah menjadi tunangan orang. 

" Ala banggg...orang dekat ajee..Tioman ajaaa...tapi hari ni dia kena kerja..malam ni dia datang kot Tahlil kita". Lirik senyuman Iza .

" Malam ni tak sempat, abang kena ke Tioman..ala..tak apalahhh...janji adik abang suka dan gembira dah laa". 

" Tak sempat nak tahlil ke ? Kan boleh bergerak esok saja ke Tioman ..." Tanya emaknya setelah dimaklumkan Fahmi perlu ke Tioman kerana ada mesyuarat penting.

" Tak boleh mak...kena bertolak malam ni juga...lagipun ada kawan dah tunggu ."

" Bukanlahhh...kalau ko bertolak malam nii...nak ke Tioman ada ke Feri malam malam nii...kan senang esok saja bertolak..." . Kata emaknya lagi hampir merosakkan perancangan Fahmi.

" Rakan kami tu dari KL Makcik..karang takut sesatt..". Najib cuba mengawal keadaan. Dia tahu mereka bertiga nak bermalam bersama Fatin dan kawan kawannya di Jeti malam ni sementara tunggu Feri esok. 

" Ala makk...inipun sepatutnya tak sempat nak hadiri majlis risik adik tadi...tapi kesian pula kat Izaa..." Fahmi mula menyejutkan hati emaknya.

"Hellooo...You kat mana niii...we all dah sampaiii ni.." Terdengat suara Fatin dari dalam telefon milik Ariff.

" You tunggu saja situu..kami onway nak kesana...lagi 30 minit sampailahhh..." Ariff berkata sambil senyum pada Fahmi dan Najib. 

Kereta dipandu Fahmi agak lajuuu...tak sabar dia nak sampai...tak sabar dia nak memeluk tubuh montok Zarina yang di idamnya selama ini. Malam ini dia pasti dapat Zarinaaaa dengan apa cara sekalipunnn.

KEDEBUMMMMMMMMMMM!!!! Kereta Fahmi terpelosok ke bahu dan terjunam masuk ke longkang ..Mereka LANGGAR SESEORANG !! Dalam tergopoh gapah dan terhuyung hayang akibat terhantuk di stering kereta, Fahmi gagahkan dirinya keluar......Dia menarik rakannya keluar ...darah mula mengalirr

Fahmi kuatkan langkahnya untuk melihat apa yang dilanggarnya tadiii...YA ALLAH!! Terlihat seseorang yang sudah terkulai layu ditepi jalan...Fahmi KAGET!! Fikirannya buntuuu...Ya Allah!! Aku langgar orang.......Fahmi terduduk. 

Orang ramai dah mula membanjiri kawasan kemalangan..semua berusaha untuk membantu BERTANYA......"Awak ok>>..Camner leh eksiden?". Fahmi tak peduli semua ituuu..perasaan bersalahnya melebihi kesakitan yang dialaminya, Fahmi rapat ke sebujur tubuh yang sudah terbaring dan tidak bernyawa ituuuuuuuu...

"Kita hubungi keluarganya ...cuba cari dompet duitnya..Aku telefon polis dulu.." Kata salah seorang dari orang ramai disitu..Fahmi yang kebetulan memegang mangsa segera mencapai dompet duit......diperiksa satu persatu....

YA ALLAHHHH!!! Fahmi hampir nak meraunggg .....nak menangis bila terlihat GAMBAR ADIKNYA IZA DALAM DOMPET duit  TUNANG ADIK KESAYANGANNYA ituuu.....


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.