-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 1 Disember 2012

ANAK NAK JADI RAJALAWAK MEGA TRANFORMER

PEMBACA


Sikap dan tahap pemikiran kanak kanak memang boleh BUAT kita tersenyum dan ketawa. Lebih lebih lagi kanak kanak zaman sekarang yang terdedah dengan INTERNET dan er er RAJA LAWAK MEGA  

"Eh! Ada jual belian lah kat kedai tayar tu ibu...peliknya."

"Adik ni biar betul..Tak kanlah kedai tayar ada jual belian..nampak sangat kemaruk nak kaya lebih tu".

"Betul la...Adik tak TIPU ibu.......cuba ibu baca kat kain rentang tu".

"BELIAN YANG MENGUNTUNGKAN ......JANGAN LEPASKAN PELUANG!! Ibu membaca sambil menjeling anaknya .......Hahaha

................

" Kesiannya dengan berita ni ibu...Seorang pemuda patah kaki dilanggar kereta yang terbabas ke bahu jalan. " Beritahu Aniq sambil membaca Harian Metro.

" Itulah dik..kadang kadang kita HATI HATI TAPI ORANG TAK HATI HATI..." Jawab Saya memberi nasihat.

" Itu adik tahu...tapi orang ramai pulak yang jahat ibu..sampai hati mereka buat pada pemuda ni.." Kata Aniq triba triba

" APA ORANG RAMAI BUAT BUAT?? " Saya pelik sangat dan ingin tahu.

" TAK PATUTLAH IBU..Dah la pemuda tu patah kaki .....DIKEJARKAN PULA KE HOSPITAL OLEH ORANG RAMAI..Mesti pemuda tu SAKIT berlari ke Hospital sebab dikejar kan ibuuu...". Kata Aniq merujuk ayat ni - Pemuda yang patah kaki itu dikejarkan ke HOSPITAL OLEH ORANG RAMAI yang kebetulan lalu disituu......." HUUUHHH~!!!

"Errrrrrr...er...errrrrrrr...ibu agak agak.....BAHU JALAN TU cedera teruk tak? Kena bawa ke Hospital tak?" Soal Aniq menyebabkan saya malas nak LAYAN..............

EDITUR NUR

Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG 
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.