-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 1 Disember 2012

BIARLAH SEKSI ASALKAN ISLAM

PEMBACA
Apabila melihat gaya dan fesyen gadis gadis sekarang ...Boleh TERGUGAT IMAN WALAUPUN BERTUDUNG. Apakah mereka mengikut panduan berpakaian dalam Islam atau PANDUAN FESYEN TERKINI LAGI SENSASI? 


KITA RENUNG BISIKAN SYAITAN PADA MEREKA INI sebelum dipaparkan Imej imej YANG "NAMPAK SOPAN TAPI GOPAN"


1. Membuka Bahagian Tangan 

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). 

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. 

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. 

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?" 

2. Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. 

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V". 

3. Berpakaian tapi Telanjang 

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. 

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang). 

4. Agak Terbuka Sedikit 

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." 

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan. 

5. Tudung Semakin Kecil 

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". 

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung." 















Tapi KAMU MASIH ISLAM KAN KAN KAN KAN KAN KAN

SUMBER - Nur Islam


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.