-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 10 November 2012

Sungguh kasihan kambing itu

PEMBACA

Tiong bin Tiang Telekom adalah salah seorang ketua keluarga dalam golongan Asli di Kuala Rompin , mempunyai 2 orang anak lelaki yang kembar. Keduanya masih bersekolah dan merupakan murid tahun 4 . 
Anak Kembar mereka  yang rambut kerinting diberi nama Ansur manakala anak yang lagi satu dinamakan Bulan. 
Ansur agak cerdik dari Bulan ,jika Ansur dapat no 23 ,adiknya Bulan pasti dapat nombor 24 dalam kelas . Biasalah bila dah berjaya pastilah Ansur lebih disayangi keluarga dan jiran jiran, ini mendatangkan perasaan iri hati pada Bulan. 
Satu hari Bulan tidak dapat menahan perasaan marahnya pada Ansur yang semakin berlagak kerana ayahnya hadiahkan tiang TNB pada Ansur ......maka membawa dirilah Bulan ditepi sungai untuk mencari idea macam mana nak lawan si Ansur.
Sambil Bulan mengenangkan nasib dirinya ,triba triba Bulan ternampak satu buku cerita yang ditinggalkan oleh entah sesiapa ditepi sungai itu........Bulan pun membaca buku cerita itu KISAH 2 EKOR KAMBING......
" Dalam sebuah kampung ada sebatang anak sungai yang melalui sebuah kampung. Anak sungai itu membahagikan kampung itu kepada sebelah timur dan barat. Sebatang titi kecil  dibuat untuk menghubungkan kampung barat dan timur. Satu hati se ekor kambing mula berjalan atas titi tersebut dari sebelah timur untuk meragut rumput disebelah barat, Kebetulan seekor kambing dari arah barat juga melalui titi itu untuk ke rumah tok ketua......Mereka bertembung ditengah tengah titi...
" Tepiiiii...aku nak lalu...." Kata Kambing Timur dengan garang.
" Ko lah ketepi....." Jawab pula Kambing Barat juga garang. Keduanya tak mahu mengalah.....  Maka bertanduk tandukan lah mereka diatas titi itu dengan jayanya  diatas titi yang kecil itu. Akibat terlalu lama ditanduk dan menanduk,kedua kambing itu  PENING dan jatuh kedalam sungai....keduanya hanyut dibawa arus sungai dan mati begitu saja...

MORAL ---- Sesetengah masalah itu hanya boleh diselesaikan dengan tolak Ansur. 

Selesai membaca cerita itu....Bulan pun berlari balik kerumah dan mengajak Ansur ke tepi sungai. Sampai semula disungai itu bersama Ansur...Maka Bulan pun TOLAK ANSUR kedalam sungai dan berkata.......

"AKHIRNYA DAPAT JUGA AKU SELESAIKAN MASALAH AKUUU........"
Photobucket
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.