-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 10 November 2012

Anak dan Malaikat

PEMBACA

Anak zaman sekarang ni bijaknya lain macam, kadang kala tak terduga dek akal soalan yang mereka berikan seperti kisah selepas minum petang tadi.....

" Baca Mastika adik...nanti takut ibu tak tahuuu..." Usik ku pada anak bongsu yang selalunya selepas makan akan membantu basuh pinggan, tapi petang ni dia sibuk ke ruang tamu untuk membaca buku....PELIK!!

" Tuntutlah ilmu walau semasa cuti sekolah......itu cikgu Aniq pesan ..." Jawab anakku selamba membuat aku malas nak melayan

Sedang aku seronok bermain sabun Axion perisa limau ,Aniq datang semula....katanya......

" Ibuuu........kalau kita mati nanti malaikat akan soal kan? Ada 2 orang kan.." Tanya anakku.

" Iya... Mungkar dan Nangkir ,cuma dua Malaikat ini saja di arahkan oleh Allah untuk menyoal dalam kubur ....." Aku menerangkan.

"Tapiiiii...pelik sikit lah ibuuu....kalau orang eksiden ,lepas tu yang meninggal 5 orang .....camner ?" Soal Aniq lagi sambil garu kepala.

" Camne apa plak.......samalah mereka pun kena soal juga". Jawab aku.

" Yelah...itu Adik tahuu...MASALAHNYA SEMPAT KE MALAIKAT NAK TANYA KE lima  mereka tu serentak selepas 7 langkah ....." Soal Aniq membuatkan pinggan yang aku basuh hampir retakkk dibuatnya.

eDITor NUR ...........

Photobucket
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.