-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 8 November 2012

Air mata Rasullullah

PEMBACA


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut dan selepas kewafatannya,. 
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya.

 Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba.

“Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. 
 Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut  datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

  “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.  Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.  Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?”  

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” 

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin..  Maka rumah itu pun diselubungi dengan tangisan. Saidina ali pun terjatuh pengsan akibat kesedihan,dan tidak dapat berdiri Khabar kematian Rasulullah tersebar di seluruh Madinah.Para sahabat kebinggungan ,kesedihan dan meraung.ya ALLAH3x.. lalui ada suara berteriak ntah dari mana datangnya..

Bersabarlah dan muhasabahlah dengan musibah itu,sesungguhnya Rasullulah mendahului sekalian ke syurga.. keadaan menjadi tenang seketika.

 Setelah suara itu berhenti mereka menangis lagi.Demi Allah yang disembah.Ya baginda sudah wawfat tetapi kehidupan kekal didalam diri kami,dan memberi tamparan hebat ke dalam jiwa kami,bergetarlah hati para sahabat,mereka bertempikan seperti hilang kawalan.Saidina umar bin al-khattad mengeluarkan pedangnya,dan berlari mengimbarkannya di jalan,beliau hilang pertimbangan kerana kesedihan yang amat sangat , lalu beliau berteriak, “sekelompok dari golongan munafik berkata bahawa Rasulullah telah mati,baginda tidak mati, akan tetapi baginda menuju kepada tuhannya sepertimana perginya Nabi Musa dan isa baginda akan kembali, sesiapa yang mendakwa bahawa Rasulullah telah mati,aku akan mengenakannya dengan pedangku ini. Abdullah bin Zaid r.a,beliau menangis lalu mengangkat kedua tangannya dan berdoa. “Ya Allah ,ambillah pengilihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat sesiapa pun selepas Nabi Muhammad,beliau hilng penglihatannya pada waktu itu juga,Seorang sahabat yang bersebelahan dengannya yang juga amat cintakan Rasullulah,berteriak “Ya Allah Ambillah nyawaku dan tiada lagi kehidupan selepas  Muhammad, Maka Allah mengambil nyawanya ketika itu juga lalu jatuh.Saidina usman bin affan membisu tidak berkata apa-apa dalam kepiluan. Manakalah saidina Abu bakar pula, dadanya berdebar dan dia keluh kesah seolah-olah nyawanya yang dicabut,dia menangis dengan tabah,lalu memaling sambil airmatanya mencurah-curah ke jasad nabi yang diliputi kain ,lalu dia melihat mencium dahi serta pipi Rasullulah dan berkata “Wahai kekasih Allah,betapa mulianya kehidupan dan kewafatanmu,jikalau tangisan kami bermaanfat untukmu,nescaya kami akan biarkan airmata ini terus berlinangan. Tetapi tiada tempat mengadu melainkan ALLAH.Engkau telah tunaikan risalah dan sampaikan amanah serta meninggalkkan kami di atas jalan yang bersih . Abu Bakar tersedu-dedu nafas sambil menangis.

 Selepas kewafatan nabi, Bilal yang sedih telah membawa diri ke mekah tempat lahirnya. Selepas beberapa tahun bilal bermimpi Rasullulah,lalu terus menziarai madinah makam Rasullah.Dan Bilal berjumpa dengan Abu Bakar ,Beliau Menangis kerana dia ingat Persahabatan yang erat Abu Bakar dan Rasulullah, Abu Bakar juga Menangis kerana terbayang2x Bilal selalu bersama dan Membantu Rasullulah hubungan yang erat IMAM dan MUAZINnya, Lalu Abu Bakar Menyuruh Bilal untuk menaungkan azan, tetapi bilal tidak mahu, begitu juga Umar al-Khatap turut menyuruhnya juga ditolak olehnya, dan dia berkata tiada lagi tenaga suaraku untuk azan,tenagaku hanya pada Rasulullah.lalu dia menangis. Namun bilal telah berjumpa dengan cucu rasullulah Hussin dan Hassan,berumur 9 dan 10 tahun, lalu bilal terhidu bau Rasullulah ada pada kedua-dua budak itu. “kami rindukan Suaramu bilal,kami ingin mendengar naungan azanmu,kami memohon agar kamu dapat azan.”kata hussin dan hassan. Bilal pun menangis dan berkata, aku Sudah menolak memohonan Khalifah pertama iaitu Abu Bakar dan Sahabat yang paling tegas iaitu Umar al khatap,untuk berazan, Namun aku takut menolak memohon Kamu berdua wahai cucu Rasullulah, kerana takut jika aku tolak memohon kamu, Datuk kamu akan kecewa denganku dan berpaling muka denganku diAkhirat kelak. Lalu Bilal Akur dan naik ke mimbar,untuk menaungkan azan.

ALLAHUAKHBAR 2x.Masyarakat madinah bergegar dan sebak dengan tangisan.ALLAHUAKHBAR 2x.Suara meraung disetiap rumah kedengaran Muhammad Kembali diutuskan, Tangisan mula berguguran.kerana suara azan ini pada zaman rasulullah. ASSYAHDUALLAH ILAHAAILAULLAHKaum ibu dan wanita serta gadis2x keluar rumah ingin menuju kesuara azan dan mengharapkan Nabi Muhammad ada bersama, mereka meraung dan menangis, kerana sebelum kedatangan islam dan Rasullulah, Kaum Wanita Maruah mereka paling rendah dan hina sekali perempuan seperti barang mainan,pada zaman Jahillah,dan bayi perempuan dikubur hidup2x.bila islam ada martabat mereka diangkat sehingga terbukti dibanyak lembaran kitab Al-quran.terutamanya surah an nisah.ASSYAHDUALLAH ILAHAAILAULLAH*begitu juga dengan kaum lelaki, yang sebelum ini tidak pernah kenal erti kasih-sayang,hormat-menghomati serta menjadi mangsa jahillah diselamatkan oleh Rasullulah dengan agama Islam. mereka berlari semau-maunya dengan tangisan kemasjid untuk berjumpa dengan Rasullulah, ada jatuh lutut mereka berdarah lalu berdiri dan terus berlari berharap dapat berjumpa dgn kekasih Allah itu.ASSYAHDUANNA MUHAMADIR RASULLUH.Suara bilal sayu dan sebak.jubahnya dibasahi air mata,dia meneruskan azan dengan suara yang amat lemah.

Bila bilal membuka mata dan berpaling kebelakang,. Bilal melihat ribuan lautan manusia membanjiri masjid madinah. Masjid madinah dibanjiri lautan manusia,dan semuanya menangis kerana Rindukan dan cintakan Rasulullah. Lalu bilal berteriak. Sejahteralah jasad baginda,setelah ,melalui hari-harinya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita.Sejahteralah jasad baginda dapat berehat setelah perutnya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita,Sejahteralah jasad baginda yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakannya disebabkan kita.Sejahteralah jasad baginda yang pernah dipatahkan gerahamnya disebabkan kita.Sejahteralah jasad yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya disebabkan kita.Sejahteralah jasad baginda yang mana kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada ALLAH serta dakwah untuk kita.Sejahteralah jasad baginda yang selalu memikul , kesukaran , keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita.Sejahteralah jasad baginda yang pernah dilukakan dahinya dan mengalirlah darahnya lalu baginda menahannya dengan tangannya, untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan  kita bebas dari kemurkaan ALLAH. Bersedihlah dan kecewalah jasad baginda apabila , kita sebagai umat sentiasa lalai tinggalkan solat dan tidak bersykur pada ALLAH, kerna baginda mengharapkan semua umatnya mendapat syafaatnya selamat dari api Neraka Jahanam. Bilal Berkata lagi, ingatlah…ingatlah.. ingatlah.. Nabi Muhammad meninggalkan kita dengan Al-quran dan Al sunnah dan telah berwasiat kepada umatnya… Peliharalah Solatmu…. Peliharalah Solatmu,….. Peliharalah Solatmu.Janganlah putuskan silaturahim dengan Allah dan Nabi Muhammad.

Jika kisah ini membuat hati sebak percayalah ITULAH NAMANYA CINTA RASULLULAH SUDAH BERADA DIHATI ANDA. Berselawatlah kamu kepada Muhammad saw.  

ALLAHUMMA SALLI ALA SAIDINA MUHAMMAD, WA ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.