-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 12 November 2012

Situasi yang boleh terkeluar nasi

PEMBACA

Cuba fikirkaN JIKA ANDA berada dalam situasi ini .....KEJADIAN INI BERLAKU DI HENTIAN SELERA LEBUHRAYA PLUS dalam waktu makan tengahari 

- Jam dah menunjukkan hampir 1.45 tengahari..perut terasa lapar tadi  nak cepat ke Kuala lumpur tak sempat nak sarapan, bukan saja tak sempat sarapan......mandi pun tak sempat Ah!! Lantaklah bukan ada orang nak tanya "U MANDI TAK PAGI TADI" ......

Mata tertumpu pada papan tanda,lagi 500meter nak sampai ke HENTIAN REHAT ??....perut makin mendesak untuk diisi.

Tengahari ni ,nak dapat parking kat hentian ni memang susah.Berpulas juga stering nak mencari parking, akhirnya berjaya juga parking di atas lori (JANGAN PERCAYA ) haha.

Mencari dan berjumpa kedai makanan....Kata KAWAN, kalau nak pastikan kedai makan tu sedap..pilih kedai yang ramai orang.Penulis nampak satu kedai......tapi KAT SIGNBORD Kedai TULIS NAMA CINA,tapi pemiliknya melayu (Mungkin Alibaba kot) 

Dalam kesesakan orang ramai tu..penulis memilih IKAN GORENG +TELUR DADA dan sedikit SAYUR....Siap memilih menu,kena beratur pula untuk membayar. Didepan penulis ada lelaki yang agak besar badannya, orangnya agak serius apabila dia berpaling  sambil memegang pinggan.

'RM7.60 !! " Kata pembantu kedai itu dengan serius selepas melihat makanan yang diambil lelaki tadi.
" Ayam ni berapa?" . Tanya lelaki itu menyebabkan penulis dan lain lain pelanggan agak terkejut. Pembantu kedai itu pun terkejut, sebelum ni bila sebut HARGA pelanggan akan bayar saja..tapi LELAKI NI TANYA PULA BERAPA HARGA. 

" RM2.00 bang...." Jawab Pembantu tu.

" Nasik?" Tanya lagi lelaki itu.

"RM1.50 ". Jawab pula satu suara dari arah dapur(Mungkin tuan kedai ) .....Pembantu tadi wajahnya sudah mula lain macam.

" Gulai terung ni ". Tanya lagi lelaki itu dengan wajah selamba.
Suasana sudah mula klibut dalam barisan tu..

Pembantu kedai itu tidak menjawab..Penulis mula mencongak, memang itulah saja menu yang dipilih lelaki tadi..kalau ikutkan sekarang baru RM3.50 ..tak kan gulai terung tu LEBIH DARI RM3.00 dengan TERUNG CUMA SEBELAH?? Kalau RM3.00 pun ,mana datang RM.50sen.Itu belum dengan harga minuman yang dijual dikedai sebelah lagi?? 

Tak perlu Penulis nak habiskan kisah ni..cuma penulis nak berkongsi -KITA SEBAGAI PENGGUNA KADANG KALA TIDAK AMBIL BERAT!! TIDAK AMBIL KISAH TENTANG HARGA MAKANAN YANG KITA PERLU BAYAR! SEBAB ITULAH KADANGKALA PENIAGA SELALU MENEKAN KITA DENGAN HARGA YANG TIDAK LOGIK terutama bila kita makan NASI CAMPUR !! Memang harganya akan DICAMPUR hahahaha.
   

Photobucket
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.