-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 12 November 2012

Kentut dalam telefon

PEMBACA


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, abu singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu dia nak beli. Ketika abu sedang mencari barang tersebut, tiba-tiba perutnya terasa memulas. Apa lagi abu pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.
Masuk saja ke tandas, abu tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi abu pegi yang di sebelahnya. Baru saja abu duduk, abu terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Abu sebenarnya bukan suka nak berbual dengan orang yang dia tak kenal. Tapi entah macamana akhirnya abu terbalas juga, "Ok gak ler".
Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Abu mula rasa musykil, kenapa orang tu nak tahu tujuannya... tapi dalam kebingungan tu Abu balas jugak,
"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas tu suara tu bertanya lagi,
"Bila kau nak gerak ni??".
Abu selamba jer kata,
"Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".
Kemudian Abu terdengar lagi suara orang sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawab jer!!!

...........

Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.
Udin : Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.
Udin : Kentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.
Udin : Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.
Udin : Kentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.
Udin : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.
Udin : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.
Thursday

-----------------

Pepatah Mengarut
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
17. Hidup segan, mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail
di laut (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

NURKILAN - Adam JomgelakFM


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.