-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 3 November 2012

JIKA KITA

PEMBACA


Tidak Jujur ........
Dulu masa memula menjebakkan diri dalam dunia pertorehan getah, ramai kawan kawan kata,masa nak jual tu nanti rendam getah buku@lantun dalam kolam atau bekas berisi air.......nanti bila timbang getah jadi berat. Iya! Memang terbukti lantun getah itu jadi berat.....contohnya sebelum ni cuma dapat 1000 kilo kini naik jadi 1080 kilo.....banyak tu naik hingga 80kilo . Tapiiiiiii....tanpa sedar sebenarnya rugi .......Rugi sebab?? Allah tarik semula rezeki tu dengan pelbagai cara. Motor rosak lah, kereta rosaklah! Dan jika dinilai semula......KERUGIAN TU MELEBIHI DARI KEUNTUNGAN yang kita dapat dari hasil MENIPU .......

TAMAK .........Ada orang pesan, kalau hari hujan JANGAN MENOREH!! Tapi Degil.......Sebab kalau tak toreh NANTI RUGIIII...Rupanya tidak..banyak sebab KENAPA BILA HUJAN TAK BOLEH TOREH GETAH. Pertama -Jika ditoreh juga, Plan ( Alur getah turun ke mangkuk) akan rosak dan tiada susu lagi. Kedua -Getah susah nak masuk ke mangkuk kerana ianya mengalir ikut rintik hujan. Jadi dari RUGI BIAR POKOK GETAH ROSAK, tidaklah menoreh. Esoknya bila cuaca dah panas dan cerah, pergilah menoreh semula.....Hasilnya....2 KALI GANDA !! Betullah kata orang.....Allah itu adil ,JIKA hujan JANGAN MERUNGUT ! JANGAN MARAH PADA ALLAH, kerana Hujan itu rahmat .....

MARAH pada takdir, kenapa aku tidak KAYA ..kenapa aku tidak hidup senang!! Macam macam dah dilakukan satu pun tak menjadi! Allah tidak adil ........Allah zalim.. !! Jangan bertindak dan berfikir ikut nafsu.....Allah cipta dan  takdirkan semua itu ada sebab . Tak semua orang akan jadi SENANG, tak semua orang akan JADI KAYA ....Tak semua orang akan bahagia KERANA ALLAH ITU SEBAIK BAIK PERANCANG .........Cuba kita fikir....

ANDA KATA SEMUA ORANG NAK JADI KAYA.....Siapa pula nak jadi Nelayan? Peniaga ??  Bukankah TIADA GUNANYA KITA KAYA TAPI TAK DAPAT MAKAN IKAN sebab tiada nelayan,  TIADA APA NAK DIBELI SEBAB TIADA PENIAGA, 

Ambil iktibar kisah ni...

Dalam satu kampung, Pak Abu orangnya hidup sederhana  dan ada  seorang anak yang cacat  . Pak Abu punya kedai menjual  baja , tiada siapa dalam kampung itu yang menjalankan perniagaan baja kecuali Pak Akbu,dari baja Pak Abu jugalah orang kampung dapat menguruskan kebun kebun mereka dengan jayanya. Satu hari Pak Abu jatuh sakit dan koma, orang kampung bersungut dan merungut kerana hasil tanaman mereka merosot dan mereka memerlukan Baja..hendak KE BANDAR untuk membeli baja JAUH kerana kedudukan kampung mereka agak terpencil.....Anak Pak Abu pula cacat dan tidak dapat membantu....Isteri Pak Abu pula telah lama meninggal dunia..........
Lihatlah bukankah Allah itu sebaik baik perancang KERANA SETIAP INSAN itu ada PERANAN !! 

Kita sambung lagi kisah Pak Abu....
Satu hari ada kerahan tenaga dari bandar masuk ke Kampung Pak Abu, semua anak muda dikerah untuk kebandar . Yang tinggal dalam kampung cuma anak Pak Abu yang cacat kakinya. Tidak semena mena anak Pak Abu walaupun cacat kaki menjadi kegilaan gadis gadis kampung tersebut. 
Nah!! bukankah ini lagi BUKTI YANG ALLAH ITU SEBAIK BAIK PERANCANG......SETIAP INSAN ADA RAHMATNYA walaupun cacat!!! 

Photobucket

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.