-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 23 November 2012

Akibat Hujan

PEMBACA
Sebagai penternak lanton getah yang disenangi oleh pokok getah, hujan adalah sesuatu yang merisaukan walaupun HATI PERLU MENGUCAP SYUKUR atas rahmatnya Hujan. Kita mungkin sedikit susah bila hujan..tetapi ada insan lain yang perlu kan air hujan. 

Setelah beberapa hari lanton getah bertukar menjadi air kerana hujan...timbul beberapa cara UNTUK TAHU HUJAN KE TIDAK HARI NI. Nak harap ramalan cuaca ...tak boleh sangat kerana ada kala betul ada kala tidak ......

Petua pertama .......Lihat Ayam ....ayam ni mestilah ayam kampung tak boleh ayam bandar ataupun ibu ayam yang ada sarang sarang sebesar hotel haha.

Kata orang, bila hujan turun ,kita tengok aksi ayam. Jika semasa hujan pun ayam tu keluar mencari makan ,maknanya HUJAN AKAN LAMA DAN LAMBAT BERENTI , tapi jika ayam tu buat bodo saja .....Hujan tu tak lama! Hahaha agak lawak kan tapi memang menjadi PETUA NI .

Teknik kedua .....lihat langit pada malam hari, jika ada bintang maknanya TAK HUJAN ,tapi tak pastilah kalau ada bulan camneer pulok! 

Ketiga , kita gunakan kaedah ISLAM .....

1. Al-Fatihah : 7 kali

2. Surah Hud : Ayat 44 : 7 kali

3. Tambahan Doa :

''Ya Allah, palingkanlah dari kami dan jangan (Engkau) menyusahkan kami, Ya Allah (Engkau gerakkanlah hujanini) tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi, di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok (yang lebih memerlukan air)''


Doa berdasarkan sebuah hadith SOHIH daripada Anas Bin Malik; riwayat oleh Al-Bukhairy (no.1013) dan Muslim (no.897). Berkata as-Syaikh ‘Abdur Razzaaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr dalam kitabnya yang berjudul “FIQHUL AD’IYAH WAL AZ-KAAR ; “AMALUL YAUMI WAL-LAILAH” (ms/241 cetakan Daar Ibnil –Qayyim dan Daar Ibni ‘Affaan).

Dalam hadith dan doa ini , menunjukkan bahawa dibolehkan pada syara’ untuk bermohon dialih atau dihentikan hujan; tatkala berpanjangan hujan tersebut serta semakin banyak dan (sampai) mencetuskan bahaya pula.

BAHAN

1. 7 ketul batu kerikil atau batu sungai

2. Jika bahan di atas tiada ambil 7 helai daun atau sebagainya.

KAEDAH PENGUBATAN

Hendaklah dibacakan doa di atas pada 7 biji batu kerikil sambil digenggam erat-erat, kemudian letakkanlah kesemua batu tersebut pada tempat yang tidak terkena titisan air hujan seperti dipenjuru atas gelegar bumbung atau sebagainya. InsyaAllah dengan izin Allah hujan akan beralih ke kawasan lain sehinggalah selesai semua keperluan dan hajat yang dipohon. Dinasihatkan agar membuang semula batu kerikil selepas selesai semuanya ke dalam air sungai yang mengalir. Yakinlah di atas segala pertolongan Allah SWT.

Sumber - Pedoman Islam. 


AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.