-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 8 Oktober 2012

Wuduk yang mudah tapi berat .

PEMBACA
Antara perkara perkara sunat semasa mengambil Wuduk ialah membasuh sebanyak 3 kali......tetapi ada juga kanak kanak nakal yang kurang faham menjadikan ianya lucu seperti contoh dibawah

Cikgu Husin menegur Mahmud pelajar tahun 3 yang lambat masuk ke dalam masjid untuk solat sedangkan rakan rakannya sudah siap . Mahmud masih dibilik air kerana belum mengambil wuduk.

" Tak siap lagi ke kamu ambil Wuduk". Tanya Guru tersebut.

" Baru 2 kali cikgu, kan sunat kalau ambil wuduk 3 kali". Jawapan Mahmud itu menyebabkan cikgu Husin merasa lain macam, dia pun pergi mendapatkan Mahmud di tepi kolah yang sedang tekun ,rajin dan usaha untuk mengambil Wuduk.

" La...kenapa ambil wuduk 3 kali Mahmud?" .Guru bertanya lagi sambil melihat Mahmud sedang menggosok kedua telinganya.

" Sebagai persiapan awal maklumlah tadi kat rumah saya makan ubi kayu..jadi kalau TERKENTUT ,wuduk saya ada lagi 2 kali sebagai ganti........tak payah ambil lagi kan dah ada spare ........Hahahahahahaha
   

TIPS-
Jika kita jenis tak kuat iman ataupun nak hadapi sesuatu perkara yang berat seperti temuduga atau lainnya eloklah ambil Wuduk kerana selain dapat MENJERNIHKAN RUPA ianya juga satu pendinding diri supaya sentiasa waspada.
Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.