-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 19 Oktober 2012

PENTERNAK LEMBU BERANAK ...HAMPEH!!!

PEMBACA

Untuk menjadi penternak yang berjaya, Ilmu dan pengalaman tu amat penting...jika nak dibandingkan dengan penulis yang baru setahun jagung (tapi tak pernah ternak jagung) berkecamuk dalam bidang penternakan lembu. Dari hari ke hari banyak yang boleh kita belajar dari mereka mereka yang lebih lama..ADA KALA PENGALAMAN TU LUCU tapi ianya benar .

Baru baru ni penulis terkejut apabila sampai dikantor lembu(KANDANG sebenarnya... tapi kami pangil Kantor untuk lebih nampak milinium sikit lagi pula yang uruskan tu pekerja Indon oklah tu haha...) Terkejut amekk  bila tengok jumlah lembu JADI BANYAK..EHH!! Bila masa pula lembu ni beranak pinak secara berjemaah ni? Cepatnya membesar....ada bapak,emak,kakak,adik,sepupu lembu semua ni.....banyaknya lembu aku!! Kayo kayo!!

Tapi cuma angan angan,itu sebenarnya rombongan lembu orang yang mungkin datang menziarah lembu lembu penulis untuk bertanya kabar,dimana ada rumput banyak,  mungkin ada yang nak jemput kenduri dan macam macamlah hal lembu yang kita tak  tahu..tapi LEMBU SIAPA??  

Penulis dan pembantu hampiri rombongan lembu lembu itu, mana tahu ada no telefon pemilik pada telinganya atau maklumat maklumat yang diperlukan seperti alamat rumah tuannya....Hampa satu pun tak ada!! Nak kata lembu liar tidak mungkin sebab memang ramai lagi penternak lain di sini.......

Penulis segera telefon TAI KO CHENG seorang penternak lembu berbangsa Cina yang boleh dikatakan Bidan dan bomoh lembu dikawasan sini, kata orang.....tengok tahi lembu pun TAI KO CHENG boleh tahu lembu siapa..itu belum lagi tengok tahi kucing ! Memang dasat Cina ni.

" Fuyyoooo!! Lu balu meli lembu ka Man ? Manyak looo". Kata Tai Ko Cheng sebaik turun dari motor vespanya.

"Mana adalah....Ini lembu sesat masuk kumpulan aku tadi , tu panggil Lu nak suruh tengok kalau Lu kinai ". 

" Hahaha, Wa ingat lu malu beli lembu.. maklumlah semalam sulah juai gitah 1 tan lebih..sudah kaya maa" Tai Ko Cheng cuba menduga penulis. Tai Ko Cheng hampiri kumpulan lembu lembu tadi.......dia belek sambil terbelek belek kepalanya punya belek ......

" Lembu Sa Pei Nie punya..." Kata Tai Ko Cheng dari bawah perut salah seekor lembu itu.

"Ha!! Sapa punya ..itulah aku nak tahu" Penulis pula menjerit pada Tai Ko Cheng yang belum habis membelek .

"Ye yee..Sa Pei Nie punya lembu...." Jerit lagi Tai Ko Cheng menyebabkan penulis meluru ke arah dia ....Aku tanya dia siapa punya lembu dia tanya aku balik ..Sape ni...sape ni..tahu ke tak siapa punya lembu ni Taik kucing betul! Penulis bersungut dalam hati. 

" Haharuu lu ni, tahu ke tak lembu siapa ni? " Marah penulis.

"HAIYA..KAN WA SULAH CAKAP...SA PEI NIE PUNYA LEMBU..Wa kinal loo". Marah pula Tai Ko Cheng pada penulis ...

"Sape niii.." Penulis was was masih kurang jelas.

" Aji Sa Pei Nie punya LAH..." Tai Ko Cheng tinggikan suara.

"OOO...Haji Sapni!!! Hahahaha." Penulis tergelak sendiri kerana salah faham dengan telo Cina Tai Ko Cheng. 

SEGERA penulis telefon hj.Sapni untuk bertanya.....memang BENAR LEMBUNYA HILANG MALAM TADI....Selepas selesai telefon dan sambil menanti Hj. Sapni sampai penulis melihat TAI KO CHENG...masih pelik di fikiran....
MACAM MANA DIA BOLEH KENAL SEMUA TUAN TUAN PUNYA LEMBU DIKAWASAN NI?? SEDANGKAN DIA BUKAN PEMBEKAL LEMBU PUN.....Pelik tapi itulah KELEBIHAN PENTERNAK LEMBU yang tiada pada tukang rumah ataupun seorang Lawyer ....Hahaha kena blajar lagi niiiiiiiiii


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.