-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 19 Oktober 2012

DRAMA INSAF- JALAN KEBUN

PEMBACA
"Kenapa ni Haji...." Terkejut Mohd Soletep melihat Haji Baung terbaring ditepi jalan semasa dia lalu dengan motor ...memang macam terbuang sungguh gayanya.
"Aku terjatuh .....kaki akuuuu...." Kata Haji Buang sambil menunjukkan kakinya yang terlekat pada tunggul kayu...memang tak boleh dikeluarkan kakinya kalau tak diangkat kayu yang sedang menyakitkan kaki haji Buang...
" Macam mana boleh jatuh motor ni Haji..." Kata Mohd Soletep lagi sambil memikirkan cara nak menarik kaki Haji tu keluar..memang petang itu cuma mereka berdua saja masih dalam kebun..kayu tu pula besar.
" Triba triba jantung aku sakit atas motor tadi..kepala aku berguyang guyang..sedar sedar dah macam niiiii..Kamu tolong angkat motor aku tu duluu..karang habis pulok minyaknya..full tank aku isi tadii" Jawab Haji Buang menunjukkan motornya dengan 2 roda diatas sedang selesa membaringkan dirinya di celah pokok getah. 
Selesai membetulkan motor Haji Buang, Mohd Soletep kembali mendapatkan Haji Buang..Buntu juga dia nak angkat kayu tu surang surang..nak guna E-Bantu mana ada line Internet kat Kebun ni...terkial kial Mohd Soletep mencuba ....sekejab cuba diangkat kayu itu TAK BOLEH!! Sekejab nampak Mohd Soletep macam berdoa untuk alih kayu tu..PUN TAK BOLEH! Yelah ..macam mana nak boleh Mohd Soletep bantai Doa makan..mana nak boleh!!! 
"Eh! Dalam motor aku aku Senduk plaster simen yang dia gunakan untuk keluarkan Lantun getah dari mangkuk......guna senduk tu lah korek tanah ni..mana nak cari cangkul waktu ni......Mohd Soletep mendapatkan senduk plaster simen, dengan tekun rajin dan usaha untuk berjaya..... dia mengorek tanah supaya kaki Haji Buang dapat dikeluarkan ....Haji Buang hanya mampu melihat ...badan dia semakin lemah..Sakit di dadanya masih terasa....matanya melihat Mohd Soletep sedang berusaha keras untuk membantunya sambil mengesat peluh.....

Haji Buang TERINGAT ....dua minggu lepasss

" Aku tak setuju!!! Sesuka dia saja nak buat jalan kat kebun aku nii..kalau dia nak buat jugak...dia kena bayar ! " Haji Buang marah bila dapat tahu Mohd Soletep mahu membuat jalan .
" Kenapa pulok bapak, orang lain semua setuju..lagipun tanah bapak kan kat tengah ,kalau bapak tak setuju semua terlibat sama. Jalan tu pun untuk kemudahan kita juga..Kan mudah kalau ada jalan....lori tokey getah pun boleh masuk sampai ke kebun bapak....tak payah susah susah lagi nak angkut getah ke simpang jalan tu nak jual....kebun bapak pula kat bukit..silap silap boleh jatuh pula nanti....bapak bukan sihat sangat!! " Bebel anak daranya Nor Sinar Suriya yang kerap juga membantu haji Buang menoreh sejak habis belajar dari Universiti ...Si Emak Pn. Membunga Bt Kembang cuma diamkan diri lihat gelagat anak beranak itu bertekak ....malas dia nak masuk campur kerana faham sangat perangai suaminya haji Buang itu..silap cakap kena buang emaknya .....
" HUH!! Jin apa lah rasuk kamu ni Nor Sinar ...nak buat jalan tu dah tentu dekat 10 pokok getah kena tebang!! Rugi rugi akuuu...." Marah lagi Haji Buang sambil minum.
"Assalamualaikum!!! " Triba triba suara Ketua Kampung En. Ahmad Sopan Bin Santun  memberi salam sambil ditemani Mohd Soletep.
" Saya memang tak setuju tok ketua!! Tak payahlah datang nak pujuk pujuk saya..selama ni pun jalan motor itulah kita guna ...triba tiba pulok Mat Soletep ni nak memandai buat jalan..aku selotep jugak mulut tu karang!! " Marah lagi haji Buang setelah Ketua Kampung  En. Ahmad Sopan bin Santun bersama Mohd Soletep masuk dan duduk dengan sopan santun. 
"Tapi jalan ni untuk kemudahan kita bersama juga yang mulia Tuan haji ...lagipun Mohd Soletep yang nak tanggung semua kos..fikirkan dan hayatilah pantun saya....Dari kuala menuju ke Hulu..hendak membeli sebiji durian..BIARLAH KITA bersusah susah  dahulu..tapi bersenang senang kemudian". Kata Ketua Kampung En. Ahmad Sopan bin Santun sambil sempat menjual pantun . 
" Emak Ali tak berbaju....AKU TAK SETUJU!! " Jawab Haji Buang dengan garang.

"CUBA TURUNKAN KAKI NI HAJI..TARIK PELAN PELAN..". Suara Mohd Soletep menghentikan Haji Buang dari LAMUNAN LALU.....kakinya digerakkan ...tetapi tidak juga bergerak....
" Tak bolehh!! Aduhhh..." Haji Buang terasa sakit yang amat bila mahu menggerakkan kakinya.....
" Arghhhhhhhh!!! Eyahhhhhh!! " Kederat Mohd Soletep dihabiskan untuk menarik Haji Buang kebelakang.....Mengah dan semput Mohd Soletep kerana badan Haji Buang memang besar darinya. 
"Ok ..cuba bangun boleh tak.." Tanya Mohd Soletep sambil menggunakan Soletep untuk membalut luka di kepala dan kaki Haji Buang...
"Arghhh!! Tak boleh bangun sendiri ni.." Haji Buang cuba untuk bangun tetapi masih tak terdaya..
"Bala ni..bala..esok saya ada seminar ni..motor saya pancit pulok!!! " Triba triba Mohd Soletep garu kepala melihat tayar belakang motornya pancit..dilihatnya pula motor haji Buang.....memang tak ada peluang nak hidup sebab  kerosakannya amat teruk! Matanya resah melihat haji Buang yang masih terbaring lemah..waktu dah hampir senja niii.....dia perlu FIKIRKAN CARA UNTUK SELESAIKAN MASALAH NI....dah gelap lagi susah!! 
Mohd Soletep telefon kawannya agar membawa kereta dan  menunggu mereka di simpang jalan  ..kereta memang tak boleh nak masuk kedalam kebun ni..TERPAKSALAH........
Dengan KEDERAT yang tak berada nak ada kerana sudah seharian bekerja tadi, Mohd Soletep memapah Haji Buang berjalan.....naik bukit dan turun bukit melalui jalan motor itu untuk ke Simpang luar.
" Ko bawa haji Buang ni ke Hospital dulu..aku nak ambil motor karang hilang pula motor aku dan Haji ni ...faham sajalah sekarang ni..mangkuk getah pun orang curi...pandailah aku nak balik karang..." Pesan Mohd Soletep pada kawannya Kutip bin Labi labi sambil mengesat peluh .

'NANTI......" Kutip bin Labi labi tak jadi gerakkan keretanya bila Haji Buang bersuara walau lemah tapi agak keras bunyinya......Mohd Soletep berpaling ke dalam kereta semula melihat haji Buang .....

"NANTI......KO BUATLAH JALAN KEBUN TU....AKU BAGI DUIT NANTII.." Kata haji Buang dengan mata yang sudah berkaca.........

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.