-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 18 Oktober 2012

DRAMA IKLAN - JOM SOLAT

PEMBACA
SEBUAH kereta berhenti ditepi simpang jalan.....

"Sham....aku dah sampai kat simpang tiga yang ko cakap tu, masuk mana pula". Fauzi bertanya rakannya dalam telefon.

" Aku masih kat klinik lagi ni....orang ramai pulok ...Susah juga ni......karang aku takut ko silap masuk simpang..ok begini .....ko nampak tak Surau kat depan tu ....tunggu situ boleh"? Jawab rakannya .

" Surau Al- Raudah tu ker? Nampak ! Ok aku tunggu kat situ sajalah .....Hak hak hak..banyak betul simpang nak masuk rumah ko ni ...boleh sesat !".  Fauzi berkata sambil melihat jam tangannya..dah pukul 7.10 petang. 

" Haha....aku baru pindah rumah taman tu 2 bulan lepas , waktu macam ni memang sesak sikit orang balik kerja.....itulah yang  mampu aku beli .....ko lainlah anak orang kaya balik dari Oversea saja ayah dah belikan banglo.."   Jawab Sham pula yang menanti giliran untuk berjumpa doktor kerana anaknya tiba tiba pitam dirumah tadi. 

"Kesitu pulokkkk!! Hak hak hak..tak per tak per you uruskan hal anak you dulu..aku tunggu kat surau !' Jawab Fauzi sambil menggerakkan keretanya menuju ke arah surau Al-Raudah.

"Dah sampai mana kawan abang tu..nanti kita belilah apa apa sikit..segan pula orang datang rumah kita tak ada apa apa nak makan.." Tanya isterinya sambil memangku anaknya yang kelihatan masih lemah.. 

" Abang suruh dia tunggu kat Surau ..tak kan nak masak dalam keadaan kecemasan macam ni". Sahut Sham sambil melihat no giliran ..emmm..baru no 17..kita punya no 32..lambat lagi ni..bisiknya dalam hati..

Sementara itu.........

"Ah! Penuh pulok parking kat luar ni..dalam surau tak penuh pulak parking..' Fauzi merungut dalam hati sambil menggerakkan keretanya masuk kedalam surau.

Laungan Azan yang merdu kedegaran tanda masuknya waktu Magrib.



Fauzi masih lagi dalam kereta sambil memerhati para jemaah yang masuk ..ada yang bermotor..ada yang berjalan kaki..Fauzi hidupkan radio untuk hilangkan bosan menunggu....Ah!! Tak sedap pula hidupkan radio dalam surau ni.....Radio dimatikan oleh Fauzi....Senyap..yang kedengaran suara azan yang sudah sampai penghujungnya.  

Triba tiba suasana yang agak kecoh dengan kehadiran para jemaah tadi bertukar jadi sunyi sepi.....semua bersedia untuk sujud dan mengadap yang Esa....Fauzi masih dalam kereta....baringkan kerusi kebelakang sedikit untuk berehat....matanya hampir terlelap .....fikirannya melayang...

Ya Allahhhhhh!! 

FAUZI TERSENTAK!! TERSEDAR DARI LAMUNAN TAK KALA MENDENGAR AL-FATIHAH yang dibacakan  ...Amat merdu......amat menyentuh jiwa nya...sedih dan sebak menguasai jiwanya....matanya berair...betapa dia TERLUPA PADA YANG ESA....Tergesa-gesa Fauzi keluar dari kereta berlari menuju ke tempat Wuduk.....DIA MAHU SOLAT!!  

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.