-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 18 Oktober 2012

ALLAH TUNJUK SEMUANYA TUN DR. MAHATHIR?

PEMBACA

Diantara semua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathirlah yang paling lama memegang tampuk kuasa.Dan Tun lah antara Perdana Menteri yang pernah bersalam dengan penulis,jika tak silap waktu tu penulis baru darjah 4, Memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa termasuk Pembangkang, Tun banyak membawa pembangunan kepada negara kita. Banyak pencapaian yang dapat kita bangga dan rasai hingga kini hasil dari usaha Tun Dr. Mahathir...


TETAPI semua itu lenyap dan makin dilupakan disebabkan sikap Tun sendiri DEMI MENYELAMATKAN UMNO yang makin tenggelam dan karam.Banyak kenyataan dan isu isu yang dikeluarkan oleh Tun umpama MENDEDAHKAN DOSA DOSA DAN KESILAPAN DIA SELAMA INI ....Apa yang membimbangkan ialah rakyat akan lebih membenci Tun selepas ini. 

Isu Syaitan ,Soros, kerugian bank negara semuanya makan diri beliau sendiri, ada perkara yang sebelum ni kita tak tahu HABIS TERBONGKAR kerana SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU ,BIAR APA JUA ALASAN DIBERI RAKYAT MENILAI DARI PERSEPSI LAIN ... 

Politik zaman Tun sudah tidak sama dan tidak boleh dipakai sama sekali zaman teknologi maklumat ini, jika dulu Tun boleh berkata, Jalan ini Umno yang buat dan rakyat akan terima, tapi sekarang Rakyat sudah tidak terima alasan itu kerana jalan itu MESTI DIBUAT oleh yang memerintah! 

Sebab itulah disarankan Tun diamkan diri, lagipun yang sepatutnya lawan pembangkang ialah DS Najib bukan lagi Tun.lagipun bukankah Tun yng mahu DS Najib jadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO jadi mestilah Tun kena yakin dengan kemampuan beliau. Tun pun dah jadi ahli biasa...lihat contoh Adullah Badawi,Musa Hitam  RAKYAT  lebih kenang jasa mereka kerana sikap berkecuali ....

Bukan menidakkan kemampuan Tun tetapi rasanya masa sudah tidak sesuai untuk Tun kembali aktif, tiada siapa dalam dunia ni sempurna, masa inilah kita insafi diri dan perbaiki diri , yang lepas biarkan berlalu dan saya yakin jika Pakatan berjaya pun mereka tidak tergamak MENGHUKUM TUN DR. MAHATHIR ! 

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.