-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 8 Julai 2012

Kes Naya

PEMBACA



'Alkisah dlm sebuah negeri tu adalah seorg raja yang sgt ego lagi berlagak. Dahlah tak hensem, sombonglah pulok tu. Baginda mempunyai seekor kuda baka jenis 'Dukun Pasir' yg sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas dan meruas keseluruh negara. Kuda ni memang pandai giler...suruh buat apa pun dia buat.

Kalo raja suruh dia panjat pokok dia panjat, suruh nyanyi lagu micheal jackson dia nyanyi.. Itu pasallah raja ni syg sgt kat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja sorang je.. 

Kerana berasa ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan. Jika ada diantara rakyatnya yg dpt mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar euro dolar spt yg dijanjikan kpd rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya utk menyaksikan sape yg boleh membuatkan kuda tu duduk. Hari dah hampir senja tp masih tiada sesape yg dpt berbuat demikian....makin egolah raja sorang ni kan kan kan... Tiba-tiba! Muncul seorg budak lalu pergi kearah kuda baka dukun pasir tu dan tanpa disangka2 kuda tu terus tunduk dan terduduk... Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut dan bertanya,
''Apa engko buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?''
Maka dgn selambanya budak tu berkata, ''Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk.. Senak lah agaknya kot...'' lalu budak itu pun blah sambil mengira2 wang yg dimenanginya. 

Raja tak puas hati.. Baginda nak buat pertandingan sekali lagi...
'Kali ni beta pasti yg sapa2 pun tak boleh suruh kuda beta menggelengkan kepalanya' katanya dlm hati sambil ketawa..

Maka sampailah hari pertandingan tu... Ramailah rakyat keluar nk melihat sapa yg boleh buat kuda raja ni geleng kepala.. Spt hari yg sebelumnya, dari pagi sampailah kepetang masih belum ada siapa yg dpt membuat kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... Dgn muka ego, bongkak, riak dan takburnya.. Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba...

Tiba-tiba! datang lagi budak kecik haritu dan dia beritahu raja yg dia nak cuba lagi... 'cubalah kalo boleh' kata raja yg kerek tu..

Budak kecik ni pun pegi kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya... Dengan tak semena2 kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah org ramai dgn kejayaan budak kecik tu lagi... 

Raja sekali lg berasa pelik lalu bertanya!
''Beta nak tau, apa yg kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?''

Dengan selambag gadak, budak tu jawab... ''Nak kena jentik lagi....???''

Miahahahahaha.. Toink toink!!
(Editor)


Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.