-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 8 Julai 2012

RAHSIA WINDOWS Komputer TERBONGKAR!

PEMBACA
Layan dan fahami video ni 







Ada tak sesiapa disini tidak kenal dan tahu WINDOWS? Kalau anda menggunakan komputer selain Linux atau Apple mesti kenal Windows kan kan kan, setidaknya anda pernah lihat Windows. Dan tadi pun semasa anda hidupkan komputer mesti anda nampak Windows kan kan kan. 


Oklah secara ringkasnya- WINDOWS ialah Perisian atau aplikasi yang digunakan untuk pergerakan komputer yang dalam bahasa ITnya sistem pengendali ,tanpa Windows anda perlu ada perisian Linux atau Apple untuk membolehkan segala urusan bergerak lancar. Melalui Windowslah kita boleh melayari Internet,keselamatan komputer selain melakukan kerja kerja harian .


Itu serba sedikit tentang Windows, kita tambah sedikit lagi Windows sebenarnya banyak versi ,dimana versi pertama Windows 1.0 diikuti Windows 3.1(peningkatan edisi NT) yang agak popular era 90an sehinggalah muncul versi WINDOWS 95,98,2000 ,ME, DAN XP yang diperkenalkan pada tahun 2001 ,dari versi XP ini kita diperkenalkan dengan VISTA, WINDOWS 7 (yang mungkin anda gunakan sekarang) ,Windows 8 dan Windows Azure yang terkini.


TAHUKAH ANDA KENAPA SETIAP WINDOWS ADA VERSI versi yang sekali imbas macam drama bersiri? SALAH SATUNYA MESTILAH 


-MENINGKATKAN MUTU ketrampilan dan kecanggihan teknologi sesuai dengan peredaran zaman sebagaimana berkembangnya teknologi IT, Penyebab ini tidak boleh kita sangkal kerana selalu pembuat Windows, Microsoft mesti memastikan produk yang mereka hasilkan sentiasa sesuai dengan keperluan semasa. 


TETAPI sejak dari Windows versi XP ,Vista dan keatas ada sesuatu sebab lain yang boleh kita selongkar kerana ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER yang sedia ada telah pun lengkap dalam versi XP tetapi tetap IANYA dikemas kini sedikit demi sedikit, Contoh mudah untuk anda faham....." Kita beli kereta dan kereta itu ibarat ASAS penggunaan untuk kemudahan kita, tetapi KITA NAK CANTIKKAN LAGI KERETA kita tambah Sportrim, Tintet cermin dan sebagainya ,begitu jugalah dengan maksud ayat diatas, XP telah dilengkapkan umpama kereta tetapi akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan sedikit demi sedikit , SEBAB?? Inilah yang akan kita bongkar hahaha.


-PERTAMA - Teknologi PENIPUAN DAN PENIRUAN , tahukah kita bahawa MICROSOFT rugi berbilion ringgit setiap tahun akibat penipuan dan peniruan? Tak tahu? Oklah, berapa ramai PENGGUNA KOMPUTER DALAM NEGARA KITA MENGGUNAKAN VERSI WINDOWS yang ASli atau original atau yang ada LESEN sah?? 


TAHUKAH ANDA JUGA bahawa Microsoft telah lengkapkan sistem KESELAMATAN dalam Windows keluaran mereka untuk mengelakkan berlaku PENIRUAN DAN PENIPUAN, tetapi TETAP BERLAKU juga ,sebab? Jika kamu bijak AKAN ADA ORANG YANG LEBIH BIJAK dari kamu dan ini adalah HAKIKAT yang terpaksa ditelan PAHIT oleh Microsoft . PAKAR pakar IT yang digelar PENGGODAM akan berusaha untuk mengKLONkan setiap keluaran WINDOWS yang dikeluarkan,manakala PARA PENGGUNA mestilah mahukan benda yang PERCUMA  termasuklah kita hahaha.


Jadi sekarang anda dah faham apakah sebab utama versi Windows baru akan diperkenalkan ...Supaya MICROSOFT dan Bill Gate tidak sentiasa rugi dan ada KERJA setiap masa miahahahahahahaha. Jahat Artikel ni kan kan kan. 

Artikel ini dibuat berdasarkan pengalaman dan pengamatan dalam bidang IT selama lebih 30 tahun dan ianya adalah pandangan peribadi sekadar berkongsi Ilmu untuk semua. 
-Dukun Pasir

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.