-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 26 Jun 2012

Sketsa hiburan bernasi

PEMBACA

SKETSA 1.
Suatu hari, seorg makcik menyewakan salah satu biliknya utk seorg pemuda penyelidik yg hendak membuat kajian kat kampungnya.. Nama glamer pemuda itu Toman (bukan Tomok ye) Toman yg dah bersetuju itu pun menyewa la bilik makcik tu.. Satu mlm, ketika Toman nak mandi.. (maklum le bilik air kampung) dah tu dia tu hensem pulok... Makcik tu pun 'semacam' jer tgk si Toman tu... Makcik ni pun berhasrat nak pegi ngendap si Toman ni mandi.. Makcik ni kantoi sekali oleh Toman... Kali kedua pun kantoi.. Nak juga dia ngendap kali ketiga.. Toman pun naik bengang dan bagi last warning yg terakhir kat makcik tu... 'Makcik! Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... Saya rogol makcik!!' kata Toman dgn amarahnya...

Kemudian, makcik tu pun keluarkan jari kelingkingnya dan dgn senyuman yg paling manis dia berkata 'JANJI TAU!'...

Adolaaaaa miahahaha!

SEKSA 2

Seorg lelaki telah pergi kesebuah kedai kek utk memesan sebiji kek sempena harijadi isterinya.. 'Apa yg hendak ditulis pd kek ini encik?' tnya sigadis manis yg bertugas di kaunter kpd lelaki itu.. 'mmmm, tulis 'Sayang tidak bertambah tua' dibahagian atas, kemudian sambung dgn 'Sayang cuma bertambah cantik' dibahagian bawah'.. Kata lelaki itu dgn penuh tamakninah... Esoknya lelaki itu dtg utk mengambil kek yg ditempahnya dan terus membawa pulang kerumah utk dipersembahkan kpd isterinya yg tersayang di hadapan tetamu2 yg lain... Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yg lain.. Lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yg tertera di atas kek itu: ''SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DIBAHAGIAN ATAS... SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH...'' miahahahaha!! Toink toink!...

SEKSA 3

STRESS!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikan seorg gadis cantik di tengah jalan.Tiba tiba gadis itu pengsan di dalam teksinya dan segera membawa gadis itu ke hospital.
Pak Mat sedikit stress!
Sampai di hospital doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah pada Pak Mat namun Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu.Tetapi gadis berkenaan bermati matian mendakwa bahawa Pak Mat la ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah stress!!
Pak Mat di minta test DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau pun bukan dan Pak Mat di tahan sementara menunggu hasil ujiannya.
Pak Mat semakin stress!!!
Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir.Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan 3 anaknya di rumah.SIAPA BAPA KEPADA 3 ANAKNYA ITU?"
SEKARANG PAK MAT BENAR BENAR STRESSSSS!!!!!!!!!

Adekah anda pun turut stress?miahahahahahaaa

SEKSA 4

‎'SEPASANG KEKASIH SEDANG BERSIAR SIAR DENGAN MENUNGGANG MOTOSIKAL'

PAKWE :"SAYANG...PEGANG KUAT KUAT NANTI JATUH!"(berkata dgn nada seyes lagi prihatin)

MAKWE :"KENAPA? U TAKUT KAN KEHILANGAN I"(menjawab dgn muka bangganye)

PAKWE :"BUKAN SEBAB TU LAH SAYANG..."

MAKWE :"ABES TU APE?"(muka dah cuak gilerr)

PAKWE :"KALAU U JATUH....I TAK NAK DI TUDUH BUANG SAMPAH SEMBARANGAN LAGI!"

MAKWE :"GRRRRRRRRR...!!!!" 

Nurkilan- VIP Shanim 


SERAM punya Seksi ah! Sketsalah haha


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca
budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum
ini....

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
tersebut
agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
lebih
besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat
bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba
-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
romanya
meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada
bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung
sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya
berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya
beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang
kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi
ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya
apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
bermain
dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur.
Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat
dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
yang
ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK
BELI
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)



Nurkilan - VIP Azura


FAKTA 


Tahukah anda???
Anai2 terangsang dgn muzik. Jika anda memasang muzik, anai2 akan memakan rumah anda 2 kalu lebih pantas.. tetapi apa akan jadi kalau MUZIK pula teransang pada Anai anai miahahaha



Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.