-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 26 Jun 2012

Lucu tapi benar - Tips lajukan Internet

PEMBACA
Internet sekarang amat lembab dan kadang kala merimas dan melemaskan jiwa terutama jika kamu Peminat SEGAR  Laman Sosial kecuali laman rumah seperti Facebook,Twitter,Myspace mahupun blogger. Terdapat BEBERAPA LANGKAH MAJU KEDEPAN  yang boleh kamu cuba untuk selesaikan masalah Kelembapan Internet bukan kelembapan cuaca pulok. 

Gunakan arahan PING bukan mendapatkan arahan polis ataupun arahan beratur miahaha. Contohnya jika kamu menggunakan FACEBOOK , Ikuti langkah dibawah tanpa perlu kamu melangkah kemana mana....

-Rujuk gambar dibawah bagi pengguna Windows 7 atau keatas, pengguna Windows sebelum 7 -KLIK START DAN KLIK PADA RUN. Pengguna Windows Rumah? Tak perlu buat apa apa miahahaha. Ok Kita sambung. Dah dapat seperti diarahkan tadi taip seperti perkataan dibawah pada kotak yang disediakan bukan dalam kotak kasut! 
WINDOWS 7 
PING WWW.FACEBOOK.COM -T 

Kamu akan dapat bentuk bergerak macam dalam gambar dibawah. Biar saja benda ni bergerak dan terus gunakan Facebook tanpa was was.

JIKA KAMU GUNAKAN TWITTER, TUKAR SAJA jadi PING TWITTER.COM -T dan begitulah seterusnya .

MACAM MANAPUN semua itu bergantung pada  keadaan semasa Komputer anda gunakan, tak kisahlah anda menggunakan Notebook,laptop mahupun PC .Pastikan perkara ini DAHULU

-TIDAK membuka banyak browser Internet seperti dalam satu satu masa seperti  kamu masuk Facebook,kamu masuk juga Twitter, tambah lagi Youtube . Semuanya kamu buka secara serentak dan pastilah perkara ni menjejaskan mutu dan keunggulan kepantasan Internet , bayangkan Otak kita terpaksa berfikir dalam satu masa, NAK MASAK! NAK BASUH KERETA! NAK TELEFON KAWAN! Semua nak dilakukan dalam waktu yang sama,pastilah PAROH otak kita nak berfikir, termasuk jugalah dengan keadaan Komputer kamu, bila banyak benda dia nak fikir, respon atau arahan yang dia nak hantar pada browser Internet jadi LEMBAB DAN SEMBAB ditambah pula dengan imej imej bergerak yang terdapat dalam laman laman yang kamu kunjungi.

-Seterusnya rajinlah semak tahap keluasan Hard Disk dan boleh gunakan DEFRAG untuk memaksimakan keluasannya. Semak juga keadaan MEMORY supaya sentiasa mencukupi ,kerana jika memori KURANG,maka daya ingatan Komputer kamu pun pastilah kurang. Contohnya kamu nak buka Youtube,disebabkan memori ingatan komputer kamu kurang,maka komputer berkata dalam hati ' Hampeh tuan aku ni, tapi bukak Facebook, ni nak bukak Youtube pulak, TAK DAN FIKIR dibuatnya".....Miahahaha

Harus diingat,ada kalanya kita sering terlupa BEBAN yang ditanggung oleh Komputer akibat kerakusan dan kecuaian kita sendiri, bila komputer dan Internet lembab kaji dan selidik dulu sebabnya. Apapun satu hakikat yang tidak dapat dielak, TALIAN INTERNET DALAM NEGARA KITA MEMANG makin tenat! Jika nak yang tidak TENAT kita terpaksa MEMBAYAR LEBIH (Unifi ) TAPI KITA PULA YANG AKAN TENAT SETIAP BULAN NAK MEMBAYAR,"jadi" jika kita tidak mampu kita cuba saja mana mana cara yang boleh digunakan untuk sekurang kurangnya menstabilkan perjalanan Internet kitaaaaa.....

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.