-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 27 Jun 2012

INTERNET LEMBAB?-Satu Sudut Sketsa

PEMBACA
Dalam Artikel JomgelakFm sebelum ini,banyak Tips Tips berkenaan cara cara yang boleh digunakan untuk kita tingkatkan kelajuan Internet yang semakin lembab hari ke hari ,banyak juga respon yang diterima baik positif mahupun negatif. Kesimpulannya MARI KITA LIHAT SEBAB DAN PUNCANYA MELALUI SEBUAH SKETSA ....Harap dapat difahami maksudnya secara MENDALAM ................

" Talian Internet ini kita ibaratkan sebagai SATU SAJA jalan yang ADA dan terpaksa digunakan. Jalan BERTOL ini dibina dan dikawal  oleh Syarikat bernama Tererkom sebagai peneraju utama,manakala CelTom dan DOGO    adalah jalan perintis tetapi tetap  menggunakan laluan jalan yang sama.
kita gunakan jalan  ini untuk ke Ke Pusat Bandar yang dikenali sebagai GoGAP yang berkampung dengan Yehaa dan Matzila. Kita perlu kesini  kerana  di pusat bandar inilah  terdapat segala benda Bak kata seorang Pokcik Astro  " Macem macem Aderr" antaranya Ampehbuk,Sengetter,Bongger,akusepeh dan sebagainya.

Pada awal tahun 80an,90an tak ramai orang yang gunakan jalan BERTOL ini kerana masa itu kita tidak terdedah sangat tentang kehebatan GoGAP, jadi  semua perjalanan dapat bergerak dengan pantas dan cepat sampai ke Destinasi tanpa sebarang masalah. TETAPI zaman telah berubah, kita semua telah didedahkan dengan kelebihan GOGAP ditambah pula dengan keglameran Ampehbuk dan Sengetter maka ramailah berminat nak kesana. Keadaan diburuk dan disesakkan lagi dengan kemampuan orang memiliki pelbagai KENDERAAN jenama Sembabmyx yang menggunakan   enjin "Tupai" ,Kenderaan Mamatband yang menggunakan enjin Cilikun dan DAGU ,termasuk juga kenderaan baru yang canggih jenama i-KOPAK@ i-pin  berenjinkan Samdoll ataupun Soni Eksen. 

Semua kenderaan ini pastilah akan berada di atas jalan tadi  untuk sampai ke destinasi ke bandar raya hebat "GoGap dan saudara maranya". Bila ini berlaku pastilah sesak teruk nak nak pula ada kenderaan tadi ada yang masih mengekalkan bentuk badan  "Wendor klasik Wendud 98 yang memang kurang aksesorinya dari segi memberikan gaya persembahan yang canggih dan serba takboleh!. Perkara perkara inilah yang menyesakkan laluan diatas jalan yang semakin sempit dan semakin terhimpit hingga ada yang BERASAP di kenderaan dan berasap "DIBADAN SENDIRI" sebab punyaaalah bosan duduk dalam kenderaan untuk sampai ke destinasinyaaa.

Masalah kesesakan ini tidak timbul jika ada KESEDARAN dan KEINSAFAN  oleh pihak pengendali jalan BERTOL Tererkom yang boleh MEMBESARKAN JALAN ataupun menambah lorong laluan yang kita gunakan, lebih lebih lagi cuma DIALAH YANG SATUUU syarikat pembekal jalan yang ada dalam Negara kita ni kan kan kan kan kan.... ibarat rungutan dan SENGATAN dari  kata-kata Makcik Sepiah (Pembekal alat memancing dan penternak sayur) yang selalu menggunakan jalan ini untuk berniaga " TAK KAN MAKCIK NAK GUNA JALAN JIN Karat milik TOKSIN di Thailand ataupun TEMASUK di Singapura,nanti mokcik dituduh MENYOKONG AGENDA asing pula kan kan kan kan "...... 

Kesimpulannya bila INTERNET LEMBAB! Banyakkan bersabar dan berzikir untungnya KITA SERING DAPAT PAHALA dari masalah ini miahahaha. 

Photobucket

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.