-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 11 Oktober 2011

SIAPA ANDA DALAM PESBUK

PEMBACA



**SUKA BERAHSIA – Membiarkan status dalam keadaan tergantung… senang citer terkontang kanteng lah.. ayat tak abis dan yang selalunya menimbulkan pertanyaan balik. Contoh: “Arghhhhhhhhh…” “Apa salah aku?” atau “?”..bila ada orang komen, bukan saja tak layan..sanggup mensorokkan diri bawah huruf S.

NAK CARI PASANGAN” – Status peskuknya jenis tangkap leleh atau terbang di awan..penuh dengan MUNTAHAN ayat-ayat cinta dan luahan perasaan..bila bercinta tak hirau atau layan komen jiran-jiran lain..tetapi bila bergaduh dengan pasangan mulalah minta pendapat jiran-jiran…argh!! Kasihan.

**ALIM – Biasanya update status dengan mengcopy dan mengepaste artikel berkenaan hadis atau doa dan sebagianya atau mengaitkan sesuatu isu dengan keagamaan. Contohnya… “Dunia akhir zaman macam nilah…” “Gempa bumi itu sebenarnya menunjukkan kemurkaan Tuhan.”

BONGOK SALAH TEMPAT” – Buka Pesbok tetapi memilih kawan, tak mahu kawan dengan orang tak dikenali, ayat biasa “ Sapa ni” “Kenapa Add saya” ..sedangkan dia lupa dia buat Status pesbuknya Public..sesiapa boleh add dia ! tak ke bongok namanye

KERAJINAN DAN KESUSILAAN”-Suka melawat rumah jiran-jiran pesbuk dan berkongsi cerita sambil mengorat sana sini. Suka betandang sambil melanggang pata

IMPIAN NAK KAYA”- Kemas kini FB dengan impian nak jadi kaya..dalam rumah pesbuknya penuh dengan gambo duit hingga terlebih lebih..sampai terpaksa letak  duit tu kerumah jiran-jiran sebelah supaya jiran tu kaya ..Eh! Dia sebenornye lebih kaya.   


**SUKAR MEMBUAT KEPUTUSAN – Asyik bertanya termasuk hal yang remeh-temeh. Contohnya… “Nak makan apa yer masa lunch nanti?”, Nak pakai baju kaler merah ke biru, mana cantik?”, Nak bancuh air milo ke kopi?”
“”MERIAH DAN KEJIRANAN “ Selalu update status FB dengan pelbagai cerita atau buat cerita..Sering menjadi tumpuan pengunjung ,pelancung kecuali pelambung.  
**EMOSIONAL DAN TRANNASIONAL – Selalu rasa tak puas hati tak memasal, pasal kucing jiranlah, bos jahatlah, kengkawan dan segala macam. Contohnya… “b***h betul, rase takde mood nak keje le hari ni pasal bla.. bla.. bla.. (iskh.. sesi ngumpat..)
**SIBUK MANJANG – Tak penah update Fesbuk langsung start dari buat dulu.. err.. err… cam saya.. adeh…
Editor Nur… Toink toink!!!


BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI.. 


KLIK SINI  
KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.