-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 10 Oktober 2011

IJAZAH PHD KELAS PERTAMA

PEMBACA





Assalamualaikum geng semua…,

Hidup ini ketentuan Ilahi, ajal maut semuanya ditangan Tuhan.  Dalam kehidupan yang serba canggih ini masih ada yang lupa diri yang sebenarnya kita ni menumpang… menumpang buat sementara waktu sahaja dibumi yang sudah tua ini.  Masing-masing berdiri gah di atas muka bumi, seperti dunia ini “Ana yang punya”. Masing-masing lupa perjanjian sebelum nyawa dihembuskan ke dalam jasad.

Ini semua adalah sikap, sikap individu yang mempunyai pelbagai perasaan terutama sekali perasaan HASAD DENGKI, tak boleh tengok orang lain berjaya sikit, pasti muncung panjang ke depan.  Pasti dihati terasa sakit, bila hati dah mulai sakit ketika itu bermacam2 rasa timbul.. timbul idea dan cara untuk menjatuhkan seseorang.  Ketika itu idea yang paling brilliant keluar.  Sengih lebar sebab otak memang geliga tapi ketika itu kita tak perasan, niat kita sebenarnya berteraskan SETAN. Na’uzubillah!!

Berbalik pada tuan empunya bumi, berbalik kepada kita yang menumpang, tak ingat yang semua perbuatan ada balasannya, mungkin bukan disini tempat kita berpijak tanah tapi di sana, ditempat kebangkitan kita.  Memang kita tak sedar perbuatan kita, sebab tak kena kat batang idung sendiri.

Kenapa cenggitu ek? Kenapa tak berfikir sebelum buat?, kenapa kita sanggup menolak ketepi orang lain semata-mata PHD (Perasaan Hasad Dengki) itu? Orang lain jatuh merupakan saat paling gembira.  Sudah-sudahlah, sebenarnya segalanya adalah kerana sikap kita sendiri.  Sikap kita yang tak redha.. Bila kita tak redha, orang lain lagi berjaya dari kita, orang lain lagi banyak rezekinya, orang lain lagi kaya daripada kita, kita sanggup menjual prinsip hidup sebagai seorang khalifah.

Maknanya kan kan… kita kena selalu ingatkan diri kita sendiri, jika kita melihat orang lain naik satu anak tangga, kita kena ucapkan tahniah padanya.  Kita kena redha dan ingatkan pada diri kita itu adalah rezekinya bukan rezeki kita, mungkin selepas ini rezeki kita lebih besar darinya.  Kita kena ingat yang rahmat Allah besar untuk semua umatNya.

Bagi Nur, diaorang punya nasib diaorang rasa… Kalau u alls ada nasib… U alls pun rasa la… Apa salah sama-sama merasa… Bak kata pepatah dari aniqO… “Sekali sekala… Dua kali dapat pahala”… err.. err… toink!! toink!!

Dari Meja Editor Nur..








BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI.. 
KLIK SINI  
KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARAN 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.