-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 24 September 2011

SELAGI ADA QASEH Cerpin03

PEMBACA




Khalif sempat menghembuskan sebaris doa ke perut Iman yang membulat bukan menye empat segi.. Perlahan diusap dan memberi pesanan agar si anak tidak nakal di dalam perut umienya(Jangan asyik nak sms dan berfb je..hehe).  Iman berat hati.  Iman rasa lain macam selain macam-macam ada. Iman rasa seperti ingin ikut Khalif yang akan ke Penang walaupun seminggu cuma. Bukan setahun atau 14 tahun.  Namun hati Iman berolak-olak dan bertolek-tolek..risau. Kencang melawan perasan arus negative dan positif sendiri.  Lambat dan sembab Iman melepaskan tangan Khalif.

“Abang sihat? Abang makan apa hari ni? Sampai hati ayam masak kicap  malam tadi sampai di Penang, abang tak telefon Iman pun. Iman tunggu punya tunggu..bulan tak timbul-timbul... Lama! Iman tak boleh tidur…asyik terkentut bila ingat abang.. Iman cuba telefon abang tapi tak dapat”. Khalif tersengih mendengar bertubi-tubi paluan rebana ubi serta aduan rakyat dari isterinya.. Iman… alahai….  Khalif dah masak benar dengan kerenah  dan habitat Iman.  Jika boleh, perlu buat laporan 24 jam sehari akan aktivitinya diluar rumah .  Mahu tahu segalanya. Risau tak bertempat tapi tak merempat.

“Abang okey sayang.  Abang dah lewat ke mesyuarat. Nanti abang telefon semula ya. Assalamualaikum.” Klik! Telefon bimbit dimatikan.  Seakan kalut dan maulut benar beria mengejar sesuatu. Kelam kelibut semacam. Perlahan Iman menjawab salam Khalif dihujung talian. “Waalaikumsalam abang.” Iman agak berkecil hati masak nangka dengan Khalif yang pantas mematikan talian telefon tadi. Namun hatinya segera kembali berbunga tayar kereta rem 17” tatkala pesanan ringkas menyinggah di telefon bimbitnya. “Jaga diri baik-baik, sayang.. Ingat semua pesanan abang taw. Jaga Qaseh untuk abang.  Abang pergi dulu ya.”

Iman tersenyum lebar sampai ke telinga hingga terbabas sikit kedudukan telinganya.senget sebelah akibat terlalu gumbira.  Lega menerima pesanan ringkas yang melonjakkan hatinya masak cuka.  Kembang semangkuk bubur kacang rasanya.  Iman sudah berlagu riang ria aidil fitri. Sengaja cuba menyibukkan dirinya sendirik. Iman sekadar mampu membaca bertimbun dan segombalan buku yang dibelikan oleh Khalif buat santapan minda dan jiwa kacaunya.  Memasak sudah tidak upaya.  Apatah lagi mengemas rumah dan pam beskal jiran sebelah.. Mujur ada Mak Cu Karimah binti Karim yang setia menemaninya.  Sebutlah apa sahaja. Mak Ucu Karimah binti Karim akan masakkan seenak-enaknya untuk halwa tekak Iman. Jangan sampai kempunan.

SAMBUNG BAB 4
KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARANhttp://jomgelakla.blogspot.com/2011/08/panduan-pendaftaran-micro-purple-online.html

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.