-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 22 September 2011

SELAGI ADA QASEH Cerpin02

PEMBACA


“Eeee.. comot!! Abang minum macam budak2 lah” Iman pantas mengelap bibir Khalif dengan Royal Tissue dwi lapisan tanpa plumbum.  Seperti biasa, Khalif akan minum carrot susu kegemarannya sampai buih carrot susu bertempek dan kecepek memenuhi kumis jarang-jarangnya.  Sejak dulu memang dah cenggitu. Khalif hanya tersenyum sumbing.. (seb baik bukan kambing, hehehe..) Senget terbelah.  Sengaja suka diperlakukan bagai anak kecil oleh Iman.

Kesabaran Khalif sering menyejuk kan hati Iman tanpa perlu memasang air-cond.  Tidak pernah sekali mahupun dua kali  Khalif merungut atau mengadu domba pada bomba  kerana Iman tidak dapat mengurniakan permata hati selama ini.  Khalif memang lain dari yang lain.  Seribu dalam satu.  Jiwanya tepu dan tepung domak dengan kasih sayang.  Sarat serta surat dengan cinta abadi.  Khalif pembersih orangnya (bukan pembersih hampagas).  Pantang habuk menyinggah. Tengah malam buta pun sibuk mencarik bulu ayam(Sungguh kasihan ayam itu..tidur kesejukan..tiada berbulu)  buat menyapu habuk di hujung katil dan ateh lemari solek.  Khalif ringan tulang walaupun dia tidak suka sup tulang.  Jauh sekali menyusahkan orang lain.  Dia tak suka mengarah itu dan ini kerana dia bukan petunjuk arah.  Khalif juga teliti dan jarum peniti orangnya.  Jangan ada satu huruf yang tertinggal, pasti keraninya kelam kabut dan terserabut  membetulkan.

Khalif hampir sempurna dimata,telinga dan hidung Iman. Suka sangat membantu org juga haiwan-haiwan ternakan. Iman leka memandang jantung hatinya sambil terkenangkan segala yang indah belaka tentang Khalif. “Adeh sayang jgn tgk abang cenggitu…. Abang malu… sayang tgk siling kat ateh tu… ishh ada cicak nak beranak sayang…pat tepon bidan ” Khalif sendiri jadi kurang selesa diperhatikan sedemikian rupa.  Terasa bagai nak menyorok muka dibawah tudung saji. Kekok tidak keruan ibarat ikan haruan terjun longkang.

“Selepas Allah dan Rasulnya, selepas Quran dan Hadis… abang adalah segala-galanya buat Iman… hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya Iman dikurniakan suami seperti abang.  Terima kasih ya, abang..” Iman mencium lama tangan Khalif.  Khalif jadi serba salah. Iman tidak pernah begitu.  Khalif kurang senang Iman bermain emosi duka secara street set  disaat dia perlu berangkat menjalankan tugasan luar.  Khalif menyeka air mata Iman serta taik matanya .  Lama dipandang wajah Iman tanpa sebait ayat yang terpacul dari mulutnya. Kelu. Matanya redup…..


BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI.. 

KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARANhttp://jomgelakla.blogspot.com/2011/08/panduan-pendaftaran-micro-purple-online.html

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.