-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 22 September 2011

SELAGI ADA QASEH Cerpin01

PEMBACA


“Anak abah duduk diam-diam ya sayang.  Jangan bergolek kuat dalam perut umie.  Nanti umie sakit.. Syyhh.. malam ini abah bacakan Surah Maryam untuk anak abah ya.  Abah mohon agar umie mudah melahirkan.  Abah mohon agar anak abah jadi anak yang penyabar. Anak yang taat.”


Khalif tidak pernah bosan.  Setia mengusap dan bercakap tanpa menggunakan enpon  dengan perut isterinya setiap malam sebelum tidur.  Ada sahaja surah pilihan yang diperdengarkan.  Lembut membelai sarat kandungan isterinya yang telah mencecah tujuh bulan.  Anak sulunglah katakan..bukan anak En. Sulung ye..  Anak yang dinanti-nantikan setelah hampir dua tahun mereka membina mahligai bahagia.  Anak yang bakal ditatang sepenuh jiwa dan raga kecuali raga motor dan raga buah..

“Sudahlah abang.  Jom tidur.  BAWA berehatlah.   Esok pagi nak bangun awal”.  Lembut Iman memujuk si suami yang seakan kemaruk menanti untuk menatap wajah anak kesayangan mereka.  Bulan lepas ketika dibuat ujian imbasan dan hingusan di hospital, Doktor Aliana hanya tersenyum sambil menunjuk kearah bunga di atas mejanya.  Anak perempuan!! Oh!! Khalif sungguh tidak sabar.  Beria dan peria  mahukan puteri seindah wajah ratu hatinya, Iman. Sungguuuuuuh!!

“Nanti kita namakan bidadari kecil kita ni… Qi…. Qa…. Adeh… hah!! Qaseh!! Boleh sayang??”  Beria-ria benar Khalif ketika mengusulkan nama anak sulung mereka sambil letakkan “BAWA” untuk direhatkan.

“Qaseh?? Hmmm… sedap juga.  Tapi cukup dengan Qaseh saja ke syg?.. Bagaimana kalau Nur Qaseh? Qaseh Elena? Qaseh Qaisarah?... hmm… Qaseh..” Iman kalut menokok tambah sesedap halwa telinga dan secukup rasa.  Tiba-tiba Khalif mengerutkan dahinya sambil menggerakkan kedua-dua telinganya serentak. Tanda riak kurang setuju!  Iman faham benar akan sesitiviti suaminya dan habitat semulajadinya.. “hehehe.. Qaseh!! Ya! Qaseh cukuplah. Macam Iman! Qaseh Binti Khalif dan ibu Qaseh ialah Iman!” kata Iman memujuk Khalif.  Pantas Khalis memaut pinggang isterinya yang dah tak berlekuk cuma bertakuk  macam pinggang kerengga lagi.  Ubun-ubun Iman dikucup lembut.  Iman suka.  Iman jadi manja.  Iman mahu selalu dibelai begitu sampai bila-bila (‘until when when..’ omputeh cakap le.. heheheh…).  Kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bahagi mahupun dikali serta ditolak campur . Iman berdoa kuat didalam hati tanpa suara.  Iman mahu sama-sama membesarkan Qaseh dan anak-anak seterusnya dengan belaian kasih sayang Khalif. Iman bersyukur ke hadrat Illahi.  Amat sangat…

SAMBUNG BAB KE DUA

Karya - Editor Nur 


BERMINAT JADI EJEN CELCOM BROADBAND DAN TMNET? SEMUANYA PERCUMA ,CARI PELANGGAN DAN KOMISYEN LUMAYAN DIBAYAR OLEH TM DAN CELCOM SECARA ONLINE PADA ANDA!! KITA SAMA-SAMA DAPATKAN PENDAPATAN TAMBAHAN CARA YANG HALAL DAN DIYAKINI.. 


KLIK SINI
http://www.micropurple.com/online/business/join_us.asp?no=WMP13623

KENALI APAKAH PROGRAM INI DAN PANDUAN PENDAFTARANhttp://jomgelakla.blogspot.com/2011/08/panduan-pendaftaran-micro-purple-online.html


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.